Hello hello,
Kita sambung cerita Lombok kita lebih tepat lagi cerita di Gili Trawangan.
Selama disana kami tinggal di Black Penny Villas.
Korang search je la sendiri kalau nak tengok rupanya macam mana.
Masa pergi tu dah nak dekat dengan sambutan new year jadi kebanyakan hotel penuh.
Kami mencari bilik yang dilengkapi dengan swimming pool. So black penny antaranya.
Sampai di villa lebih kurang pukul 12 tengahari, tunggu pihak hotel sediakan bilik dan kita minum dulu welcome drinks!
Perut pun dah lapar sebab dah tengahari, depan hotel ni ada cafe untuk makan. Makanan pun sedap. Untuk makluman tiada masalah untuk mencari makanan disana kerana majoriti penduduknya adalah Muslim.
Welcome!
Inilah dia pool dalam bilik kami.
On da way ke bilik. Di sebabkan travel kali ni hanya berdua maka kami terpaksa bergambar menggunakan gopro dan gopole!
Aktiviti kami sepanjang hari tu hanya relax & rest.
Tunggu petang hari untuk kami jelajah satu pulau.
Fyi, tiada langsung kenderaan bermotor di Gili Trawangan ni. Kami pusing satu pulau dengan menggunakan basikal. Seronok bila semua orang pun berbasikal.
Untuk pusing satu pulau ni makan masa lebih kurang 1jam 30 min ke 2 jam shj!
Antara tempat lepak yang terdapat di sana. Hari dah petang kami pun cari port nak layan sunset.
Pusing-pusing naik basikal, berhenti tangkap gambar!
Cuaca pun menarik. Pemandangan yang cantik. Pantai yang biru.
:)
Kayuh basikal.
Jangan lupa kunci basikal!
Menunggu sunset!
Senja nan merah.
Hari pun dah nak maghrib, pulang ke bilik.
Siap-siap untuk makan malam.
Kat sana ada satu local market memang tempat makan local foods.
Jadi ada pilihan samada nak makan dikedai yang ala candle light dinner atau ke pasar menjadi seperti local.
Pilihan kami mestilah merasai makanan tempatan.
Sedap, murah dan bervariasi!
Sewa basikal mengikut hari jadi sampai keesokan harinya kami menggunakan basikal.
Kehidupan malam di Gili Trawangan juga sangat seronok bukannya sunyi sepi.
Malam hari juga kami pergi urut kaki dan badan. Pusing-pusing lagi naik basikal.
Tunggu hari esok pula!
See ya.
6 comments:
Bestnya!! Nak pergi juga tahun depan in shaa Allah :)
@shima samad: yup2. tak rugi pergi. btw, tq for reading. :)
Sorry nak tanya, camne uols travel dari airport ke hotel ni ye? I tanya org hotel mcm mahal je return airport transfer + boat. Dia kata 2,300,000 rupiah. :O
@shima samad: I tak deal dengan org hotel. Sampai dari bali naik feri pergi lombok. Cari transport service je. Balik pulak, dari gili ke mataram pun cari transport service masa kat pulau. Mmg tak deal dengan hotel.
Kalau pergi bulan 1 tgh moonsun lg ke? Selamat ke klau prgi tgh moonsun?
Thanks darl!! Nanti i nak naik teksi biasa je gi hotel :) thanks!
Post a Comment