Alhamdulillah kami selamat menjejakkan kaki di bumi Kashmir. Macam macam perasaan sebab semua orang tahu keadaan kashmir yang kadang kadang bergolak.
Tidak dinafikan, bila sampai je tengok askar merata tempat dengan senjata keadaan yang jarang kita lihat di Malaysia. Tapi itulah keadaan normal disana dimana mereka bersiap sedia sepanjang masa.
Airport Srinagar kecil sahaja. Masa kami sampai kashmir dah tengahari dan kebetulan hari Jumaat, lepas ambil beg nak keluar dari situ terdapat tempat untuk sembahyang Jumaat Dan sebelum keluar dari Airport tu kita kena isi form yang akan diberikan. Mengenai maklumat kita tinggal di mana semasa di Kashmir.
Dannnn masa ini juga akan Ada ramai yang dtg untuk menghulurkan bantuan seperti tolong tolak troli, angkat beg, tunjuk jalan etc. Jika anda dah ada org yang menunggu dgn tegas mengatakan 'no' untuk bantuan dr org lain.
Itu semua perangkap untuk dapatkan tips. Satu lagi maklumat penting, orang kat sana ada sedikit perangai memaksa jadi kita kena amal kan sikap berbudi bahasa yang sangat tegas.
Gambar kereta tadi tula kenderaan sepanjang kat sana. Semuanya kami dah booking awal sebelum pergi. Kenderaan ni kami naik seramai 7 orang termasuk pemandunya.
Hari pertama di Kashmir kami menginap di boat house di Dal Lake.
Dari Airport nak ke Dal Lake akan lalu pekan kecil. Cepat cepat kami minta berhenti sebab nak beli barang basah untuk masak.
Beli kacang buncis. Cuaca yang sejuk dan nyaman buatkan sayur dan buah segar sangat.
Selfie.
Sebagai kudap kudapan. Kami beli buah yang kami nak beli pun sikit je untuk sekali makan sampai dia pun tak tahu nak kira macam mana.
Selesai shopping, terus ke Dal Lake.
Turun kereta, ambil barang dan naik bot untuk ke boat house.
Kami naik 2 bot untuk ke boat house sebab barang kami banyak. Cuak je rasa macam nak terjatuh.
Kami dan barangan. Semuanya secara manual. Kat belakang tu semua boat house yang ada kat situ. Boat house pun kami booking dari Agoda.
Ini lah rupa boat house kami. Untuk pengetahuan boat house ni semua dah berusia puluhan tahun. Tapi sangat utuh dan cantik!
Tadaaa, keadaan dalam boat house kami. Kami ambil dua bilik jadi satu boat house ni kami punya. Ini hall yang menempatkan ruang makan, tv dan heater! Keadaan sama seperti dalam rumah cuma bezanya ia ada lah boat house.
Bilik kami. Cantik kan? Setiap bilik ada bilik air tersendiri.
Selepas check in, kami mula susun activity, segala aktiviti kat sana boleh di atur dengan owner boat house. Jangan lupa tawar menawar harga untuk package yang di 'open'. Ingat ye mereka agak memaksa kena berdiplomatik. ;)
Petang tu kami pusing Dal Lake. Menikmati keindahan. Subhanallah. Indah sungguh ciptaan Allah.
Breathtaking. Gambar kami ambil dari atas sampan.
Dari sisi lain. Cukup indah.
Row row row.
Sebenar nya kami sangat lapar dan masih belum jumpa apa apa makanan berat untuk dimakan. Segala bekalan ringan kami bawa dah dibelasah.
Macam ini la rupa sampan tu. Kan macam was was je tu. Hehe
Kalau korang naik sampan pusing Dal Lake nanti macam macam jenis kedai atas sampan akan datang berjual. Dalam banyak banyak tu yang jual makanan je menarik perhatian sebab semua dah kebulur.
Kebab!! Sedap sangat. Dengan cuaca yang sejuk, makan panas panas. Semua tu dibakar masa tu juga.
Dari petang membawa ke senja. Masa ni belum betul senja lagi. Pemandunya Dal Lake berlatar belakang gunung ganang.
Sepanjang perjalanan akan dibawa dikedai atas air yang menjual kain, pashmina dan macam macam. Againnnn, jangan lupa pesanan diatas.
Matahari senja telah muncul.
Cantik. Menuju pulang ke rumah penginapan kami. Semakin malam, angin semakin sejuk. Nak bercakap pun tak mampu, yang tahu nak cepat sampai boat house je.
Selain itu, owner boat house kami juga ada menyediakan perkhidmatan masak makanan. Untuk malam pertama kami cadang untuk merasa makanan mereka. Malam seterusnya baru kami masak. Barang makan pun dah beli kat pasar tadi.
Sampai sahaja kami dihidangkan dengan teh panas. Itu memang cara hidup mereka. Akan sediakan teh dan gambar diatas tu adalah yang kami tempah. Makanan nampak warna merah sebab lighting dalam tu. Kebanyakan makanan kat sana berunsurkan lamb, siapa gila kambing memang puas makan.
Selepas makan, bersiap dan bersiap sedia untuk membeku. Untuk pengetahuan semua, dalam boat house ni tiada heater seperti aircond tu. Semuanya masih guna cara lama. Heater yang guna api dan diletakkan di ruang tamu ye. Bukan dalam bilik. Semakin sejuk kami semua berebut mengelilingi heater dan bila masa tidur, untuk katil twin disediakan heat blanket yang guna elektrik dan heater jenis letak air panas untuk single bed! Menangis weh tahan sejuk. Dan perkara penting, mandi air sejuk! Sesejuk sampai ke dasar tulang. Keadaan boat yang bukannya kedap udara, maka bila angin malam masuk hanya empunya diri sahaja yang tahu. Satu pengalaman yang tidak dapat dibeli. Priceless!
Tunggu sambungan ya.
;)