Al kisah bermula pengembaraan kami ke negara India.
Perjalanan kami bermula dari Kuala Lumpur ke Kolkata.
Perjalanan bermula lebih kurang pukul 10 malam dan tiba di Kolkata lebih kurang jam 2 pagi.
Kami transit dulu di Kolkata sebelum meneruskan perjalanan. Lokasi percutian kami yang pertama ada KASHMIR!!
Tetapi perjalanan yang panjang perlu kami tempuh sebab kami tak ambil direct flight.
Sambung cerita di Kolkata, airport Kolkata ni baru maka keadaannya bersih, cantik dan besar. Tetapi kami sampai pun dah tengah pagi, tiada apa2 yang menarik untuk dilawati. Agak boring disitu. Nak cari kedai beli coffee pun ada satu je kiosk yang buka!
Flight baru berapa minit berlepas, and there you go. Zzzz
Memang penat sebab semua org bekerja seperti biasa pada hari itu, balik kerja kalut bersiap dan terus ke airport untuk meneruskan perjalanan kami.
Muka gembira setelah tiba di Kolkata. Padahal perjalanan masih jauh. -_-"
Mula-mula sampai di Kolkata memang rasa teruja semua orang, bergambar sana sini pusing satu airport, setelah habis buat semua aktiviti baru sedar yang masih lama lagi untuk menunggu dan tidak boleh keluar daripada airport itu sendiri!
Kawalan keselamatan disana agak ketat, maklum lah di India macam-macam kes yang boleh berlaku, jangan terkejut kalau sana sini kita tengok askar atau guard dia bersenjata, dan jangan la kita untuk cuba untuk membuat perkara-perkara pelik atau mencurigakan.
Jangan risau jika kita behave dan berkeadaan normal, InshaAllah tiada ada yang perlu dirisaukan.
Setelah mati kutu tak tahu nak buat apa, kita tidur je lah!
Airport selesa, kerusi pun banyak, dan sangat sejuk. Maka bergelimpangan la kami di Airport Kolkata.
Dah bangun tidur, perut pun lapar. Nasib baik ada standby makanan yang dibeli dari atas flight Airasia. Kalau tidak memang kebuluran dengan kedai yang tak buka.
Baru rasa sejuk sikit je masa ni. Tapi badan dah letih.
Perjalanan seterusnya adalah ke Delhi sebelum kami ke Srinagar/ Kashmir!
Dengan menaiki SpiceJet, local flight India.
Tips: Beli tiket lebih awal untuk dapatkan harga yang murah. 2-3 bulan awal.
Perjalanan dari Kolkata ke Delhi memakan masa lebih kurang 2 jam 15minit.
Another tiring journey! Warghh.
Sampai je Delhi, semua dan kelaparan tahap maksimum. Transit sekejap sahaja untuk menunggu flight yang seterusnya ke Srinagar! Lepas check in, nampak ada kiosk jual makanan. Kami belasah je beli apa yang vege dia jual.
Samosa tu sedap tapi roti tu, no komen.
Kami menaiki shuttle untuk pergi ke flight seterusnya. Ni keadaan dalam bas.
Airport Delhi jangan risau macam-macam ada.
Airport New Delhi. Cuaca berangin dan semakin sejuk.
(Cerita New Delhi di post lain ok)
Here we go, AGAIN! Last but not least.
Kepenatan, kesejukan, kelaparan.
Alhamdulillah, perjalanan untuk ke KASHMIR/ SRINAGAR!
Yang bestnya, naik low cost flight sana pun sangat seronok. Tidak perlu risau mengenai keselamatan, kebersihan dan lain-lain.
Dapat air secawan, hot drink and biscuits. Nice.
Tiada gambaran yang boleh dilukiskan. Alhamdulillah. Selamat tiba di Kashmir!
Perjalanan lebih kurang 1jam 30 min.
Till next post!
Semoga ada kerajinan untuk menulis. -_-"
4 comments:
slm atiqah..
saya nak tanya awk pg kashmir bln brp ya n bape harga tiket dr kolkata ke srinagar?tq
noor
@noor : kami pergi bulan february, from kolkata - srinagar tiket lebih kurang RM880 return (kolkata - delhi - srinagar)
atiqah,
blh bg emel x sebab saya ada mcm2 nk tanya awk..heheh..next year bln 2..saya nk p kashmir jugak ...tu yg nk tanya serba sedikit..heheh..
ini emel saya..
nameless_163@yahoo.com
thanks ya =)
noor
@noor : ni email saya sitiatiqah.sa@gmail.com actually banyak lagi pasal kashmir yg saya belum post. kekangan masa. :)
Post a Comment