Sunday, November 19, 2017

TRIP KE DUBAI : MIRACLE GARDEN

DISCLAIMER : ANDA AKAN RASA BERBUNGA APABILA MEMBACA POST INI. 😁😁


Hi semua, 
Assalamualaikum. 

Nak share antara tempat-tempat menarik yang korang boleh pergi bila datang Dubai.
 Especially bila winter season, which is bulan November-April. Kalau datang masa musim panas memang kebanyakan tempat adalah murah kat Dubai ni. Sana sini promo ticket sebab memang tak ada orang akan pergi masa panas sebab cuaca yang terlalu panas. Memang kami akan stay indoor sahaja. 

So salah satu tempat yang boleh dikunjungi adalah 
MIRACLE GARDEN

Kenapa miracle?
Sebab sebuah taman bunga yang ditanam dengan pelbagai jenis bunga dengan landscape yang menarik. Semua adalah ditanam ye bukannya tumbuh sendiri. Setiap tahun akan ada perubahan yang dibuat contohnya tahun lepas dengan bentuk airbus380 di penuhi bunga bungaan. 


Tempat ni sesuai untuk seisi keluarga. Rasanya kalau yang datang geng-geng bujang mungkin anda boleh buat pilihan untuk tidak pergi tempat ni. Yela kan bukan semua orang in dengan bunga-bunga ni. Tapi kalau korang bawa mak-mak memang wajib datang sini. Mesti penuh terus memory handphone. Hehe dan yang anak kecik juga sangat sesuai datang sini. Tempat selesa dengan keluasan yang besar, walaupun ramai orang masih selesa. Anak-anak boleh bebas berlari. Tempat ni buka sampai malam. Anda boleh check dulu operating hours. 


 Merak kayangan.

 Sejuk mata memandang.


 Pelbagai rekaan rumah yang dipenuhi bunga. 


 Sangat cantik untuk bergambar sebab contrast warna bunga-bungaan dan nature lighting. 

 Pintu gerbang. 

 Belakang tu rumah penuh dengan buah-buahan. 

My happy kid.

Masa pergi ni mommy baru lepas discharged ward. 

 My girl, Dinia Annur 3 months old with daddy. 

 Us. 
Tengok si kecik tu tak sabar nak berlari. 

 Entrance. 

 Almost done.



 With SIL, our guest. 

 Merak lagi.

Me-self. 

MIL and SIL. Love.


Surau ada kat dalam. 
Ada foodcourt untuk makan.
Sebelum masuk bag akan dicheck oleh security. Barang terlarang tak boleh bawa masuk.
Antaranya, makanan. Huu. 
Rasanya dalam 2 jam boleh habis tawaf tempat ni siap makan dan berehat. 
Ticket 40 AED. (kindly check from time to time)

Haaa, sejuk tak mata? Berbunga tak hati?
Sebenarnya terlalu banyak lagi binaan yang penuh bunga. 
Tak tertangkap. Siapa dah pergi pasti akan ingat tempat ni. 

So, consider it to put in your list.
Happy travel! 

love, cikbiey

Saturday, November 18, 2017

TIPS NAIK FLIGHT DENGAN BABY ATAU ANAK KECIL

Assalamualaikum, 
Hi semua, 
Rindu betul nak mengarang. 
Semoga 2018 mendatang ni akan ada lebih banyak post-post yang bermanfaat untuk anda semua.
Harapnya dapat istiqomah! ;)


Semenjak kami semua berhijrah ke Dubai, dah menjadi kebiasaan ulang alik dari DUBAI-KL-DUBAI. Dalam setahun paling kurang adalah 3 kali untuk balik Malaysia. Sejak dari usia 8 bulan sampai lah dah 3 tahun sekarang Daris dah faham bila nak naik flight. Termasuk lah juga Dinia sejak umur nya 2 bulan sampai sekarang. Alhamdulillah semakin hari semakin mudah mengendalikan gummybears ni. 

Oklah, nak share la kan pengalaman bila naik flight dengan anak-anak kecik ni. 
Masa awal nya tu mesti la sama macam orang lain juga. Apa kita nak expect dengan budak-budak ni kan. Ok ke tidak ke? Tambahan pula mana yang first time tu kan. 


KL-DUBAI 

Perjalanan kami selalunya mengambil masa lebih kurang 7 jam untuk sampai Malaysia. Macam tu juga untuk balik ke Dubai. So, bila kami nak pergi bercuti tu memang kami akan pilih tempat yang travel tidak terlalu lama. Kesian dengan anak-anak dan kesian juga dengan diri sendiri akan penat. 




1. PILIH TEMPAT YANG SELESA
Kalau boleh, pilih lah seat yang selesa. Antaranya tidak terlalu kedalam atau ditengah-tengah orang lain. Faham kan bila ada budak kecik ni nak bergerak lah nak pergi toilet lah nak basuh botol susu lagi. Memang banyak pergerakan diperlukan. Bayar lah lebih sikit untuk dapatkan tempat duduk yang selesa. Ada sesetengah kapal terbang ada sediakan bassinet, mana yang rasa anak-anak boleh tidur dengan selesa dalam bassinet so boleh lah pilih. Kalau kami, kurang berminat dengan bassinet sebab anak-anak tak duduk diam. Tapi space untuk kita duduk agak selesa ruang nya (jika tak pasang bassinet). 


2. SEDIAKAN UBAT UBATAN / MINYAK SESUAI UNTUK SAPU PADA ANAK
Bila kita on board, kadang-kadang rasa susah nak bernafas. Same goes tu anak-anak. Sediakan lah minyak angin atau apa-apa minyak yang anak selalu guna. Kadang-kadang bila lama dalam perjalanan, hidung kita juga rasa tak selesa. Tambahan pula anak yang tidur mukanya mengadap ke aircond, boleh sebab kan hidung mereka terlalu kering, tersumbat dan sebagai nya. Jangan hala kan aircond tepat ke muka anak-anak. Selalu check keadaan baby atau anak-anak. JANGAN bagi anak-anak makan ubat tidur supaya mereka boleh tidur sepanjang perjalanan. TOTALLY WRONG! Jadi lah ibu bapa yang bertanggungjawap. Jangan sebab kita nak ambil mudah, kita nak senang kita mudaratkan anak-anak kita.


3. BAWA SEDIKIT MAKANAN
Memang dalam kapalterbang ada sediakan makanan, tetapi masa makan tu belum tentu kena dengan anak kita. Ada masa terawal atau terlambat. Lebih baik sediakan sedikit bekalan untuk anak-anak. Kadang-kadang anak-anak lapar sebelum makanan sampai dan buat kan mereka buat perangai atau tak selesa. Sementara nak tunggu makanan tu boleh bagi makanan yang kita bawa tu. Tapi jangan pula bagi makan chocolate and benda-benda manis, lebih baik bagi makanan yang mengenyangkan. Jika anda memang terlupa untuk bawa makanan, cuba tanya steward/stewardess ada sediakan makanan untuk baby. Ada airlines sediakan susu dan puree untuk baby, tapi perlu diminta. 


4. ALATAN PERMAINAN/ BUKU
Kalau anda naik airlines tertentu, anak-anak akan diberikan kit untuk mereka. Ada dapat soft toys, buku, pencil color, dan permainan lain. Jadi alih perhatian anak anda dengan kit yang mereka dapat. TETAPI, mak ayah kena lah ambik peranan join sama. Bukan bagi suruh anak-anak buat sendiri atau main sendiri. Color buku tu bersama, explore benda yang ada dalam buku tu atau main dengan anak gunakan toys yang mereka dapat. Gunakan satu persatu supaya mereka tak cepat boring. Kalau tak dapat kit ni, korang boleh bawa 1-2 toys kegemaran anak-anak atau color pencil dan print kan gambar-gambar untuk mereka. 


Antara barang dan mainan yang diberi untuk anak-anak jika naik Emirates Airline.


5. BERI SUSU KETIKA TAKE OFF & LANDING
Untuk elakkan anak dari sakit telinga akibat tekanan, boleh bagi susu sewaktu baru nak take off dan masa landing. Kalau anak menangis masa dua keadaan tu boleh jadi disebabkan telinga mereka sakit. Mak ayah kena alert masa ni terutamanya baby, sebab baby ni tak boleh nak bagitahu kalau sakit kan. 


6. BERJALAN DI DALAM KAPAL TERBANG
Jika semua benda dah buat, anak-anak masih meragam atau tak nak duduk diam. Ajak lah mereka pusing-pusing sekejap atau duduk di bahagian yang tiada orang. Mungkin mereka letih duduk atau mereka boring. 


Daris berjalan sekeliling. Tapi kena pantau supaya tak ganggu orang lain.

Rasanya itu dulu tips yang saya boleh share kan. Ini semua berdasarkan pengalaman sebenar. Bukan rekaan. Mungkin sesuai dan mungkin juga kurang sesuai dengan anda. Sekadar berkongsi. InshaALLAH akan ditambah from time to time. 

Thank you sebab sudi baca. 

Salam sayang dari padang pasir. ;)

Tuesday, October 24, 2017

LIVING IN DUBAI


Assalamualaikum, 

Alhamdulillah almost 3 years kami menetap di padang pasir ni. 
Lamanya tak share cerita dengan semua. 
Terlalu banyak benda yang berlaku.
Perubahan hidup. Anak-anak, keluarga, rakan-rakan & kerjaya. 

Menjadi surirumah sepenuh masa. 
Bangkit seawal jam 4 pagi.
Seharian di rumah membesarkan anak-anak di negara orang. 
I'll try to share some of it with you okay.

Kalau korang nak tau bila musim panas tiba, which is start bulan 4 sampai bulan 9, 
memang banyak masa dihabiskan indoor. Sebab cuaca terlalu panas. 
Boleh mencecah suhu 50c. Tak mampu nak duduk kat luar. 
Tapi itu baru panas dunia kan? 

Antara aktivti yang kami buat bila hujung-hujung musim panas & musim sejuk adalah bercamping, picnic, desert outing dan aktiviti luar. 
Kat dubai ni banyak taman-taman untuk aktiviti keluarga. Siap bbq station etc. So mmg aktiviti regular rakyat sini adalah ber BBQ. Bila musim sejuk, lagi ramai org berhenti kereta tepi jalan kat padang pasir, dengan set bbq pakai buang, hidup kan api bakar. 

Jom nak share gambar, aktiviti berpicnic dalam park. 
Al mamzar park. Ini park berbayar. Besar sangat. 
Aada pantai, swimming pool, palyground, bbq station dan kami lepak bawah pokok-pokok dan pokok kurma. 

 Pagi ke tenghari hari biasa memang takde orang. 

 Pokok kurma.

 Dinia Annur, berlemuih pasir & peluh.

 Daris Ahmad. 

Family potrait. 

Tula antara aktiviti kami.
Nanti kita share lagi ye.
#kehidupanditanahdubai


Tuesday, August 30, 2016

Resepi sizzling yee mee

Duduk diperatauan tidak akan membataskan semangat untuk memasak malah lebih rajin dari sebelum ini. 
Mungkin disebabkan kebanyakan masa berada dirumah. 

Kalau pun memilih untuk makan diluar, sudah tentu menu-menu tertentu ikut tekak melayu asia ni agak sukar. 

Jadi malam ni, kita teringin makan sizzling mee macam food court tu. 😁

SIZZLING YEE MEE
1. Satu inci halia, hiris kasar dan di ketuk sedikit.
2. 8 ulas bawang putih, di ketuk. 
3. 5-6 helai cili kering. Ikut kepedasan cili.  Potong 3.
4. 4-5 ketul ayam. Cincang sederhana besar.
6. 10 keping cendawan cina. Rendam dan potong ikut suka hati. 
7. 6 sudu sos tiram, 5 sudu kicap lemak manis, 3 sudu kicap pekat, 1 sudu kecik minyak bijan. 
8. Garam, telur, sawi
9. Yee mee 
10. Tepung jagung 

Cara-cara nya; 
1. Panas kan minyak, masukkan halia & bawang putih. Api kecil. Sampai naik bau& sikit kekuningan.
2. Masukkan cili kering. Gaulkan. Sampai cili garing masukkan ayam & satu cawan air. 
3. Masukkan garam, biarkan didih lebih kurang 5 minit & masukkan cendawan.
4. Masukkan semua jenis sos & 4 cawan air. Biarkan mendidih. 
5. Masukkan 3 sudu tepung jagung yg dah di bancuh dengan sedikit air. Masukkan sikit-sikit sambil kacau. 

Sediakan hot plate atas api, sapu sikit minyak, Masukkan yee mee. Tuang kuah, masukkan sayur sawi yg telah dicelur, agak mendidih pecah Kan telur, kuatkan spi maksimum sampai telur separuh masak boleh tutup api.

Selamat menjamu selera. 



Tuesday, August 2, 2016

Resepi : Cucur Jawa

Disebabkan teringin makan cucur jawa ni, terpaksa la buat sendiri. Sedangkan nak makan untuk 2-3 keping je. Begitulah lumrah duduk di tempat orang. 

Bahan-bahan; 
1/2 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cawan gula apong/ gula melaka
1 1/2 cawan air suam

Cara-cara;

- Gaul tepung gandum & tepung beras
- Dalam bekas lain, satukan gula apong, gula pasir bersama air suam. Gaul sebati.
- masukkan adunan gula ke dalam bancuhan tepung. Sedikit demi sedikit sampai adunan nampak cair.
- Tapiskan bancuhan adunan, perap 2-3jam.

- Dimasak satu per satu dengan api yang sederhana. 

Cucur jawa versi saya. Jangan lupa tekapkan dengan tisu sebab kuih ni lumayan minyaknya tapi itu lah yang sedap. 😂😂

Thursday, July 28, 2016

SPIDER WEB.

AFTER ONE AND HALF YEAR. 
HELLO BLOG!

I MISS U BLOG. 

#makanakduasekarang ;)

Thursday, January 8, 2015

TRIP KE INDIA : PART 4 (KASHMIR)


Kita sambung cerita kita, next day.
Masih dengan Kashmir setelah seharian semalam di Gulmarg sahaja maka hari ini kita pusing ke tempat menarik disekitar Kashmir. Let's check it out. 


Muka ceria pagi hari untuk teruskan pengembaraan kami di Kahsmir. Cuaca juga agak sejuk tetapi tidak sesejuk pagi semalam.

Alhamdulillah keadaan diri juga agak stabil berbanding malam semalam. Perlukan kesihatan yang baik kerana perjalanan masih jauh. Bila keadaan terlalu sejuk agak sukar untuk bernafas, perlu untuk tutup mulut dan hidung. 

Sampai saja di daratan daripada Dal Lake seberang jalan ada restoran, kami pun breakfast dulu disitu. Disebabkan 95% adalah muslim maka tidak susah untuk cari kedai makan cuma tekak kita boleh terima atau tidak sahaja dengan selera mereka. Pagi ini kami makan puree, sedap sangat sangat dan juga pelbagai jenis roti lain.


Inilah driver kami. Sangat baik, sangat peramah. Bahasa interaksi ketika di Kashmir adalah Bahasa Inggeris. Jangan risau boleh dikatakan hampir semua fasih berbahasa inggeris. Diseberang tu lah kedai kami makan. Kereta pun tunggu tepi Dal Lake sahaja. 

Lokasi pertama kami pada pagi tu, mendaki satu bukit diatasnya terletak satu kuil, tujuan kami untuk naik ke atas adalah untuk melihat secara keseluruhan pandangan Dal Lake dan juga kawasan berhampirannya. Kereta boleh naik sampai satu had sahaja kemudian kena turun untuk pemeriksaan keselamatan, kalau nak tau di sana mmg selalu kena 'spot-check' sebab banyak kes kat sana. 

Jalan untuk sampai ke atas, masa ni masih menaiki kenderaan. Kemudian kena mendaki tangga. Mengah jugak la dengan angin sejuk lagi. Memang rasa sesak nafas. Cuba untuk cari gambar pemandangan dari atas ni, tapi tak jumpa pulak. Gambar memang sangat banyak. Dah jumpa nanti, saya letak kan disini. 

Untuk makluman, Kashmir ni terdapat banyak taman-taman atau garden yang dipenuhi landskap yang sangat cantik serta pelbagai jenis bunga. Disebab kan kami datang pada musim sejuk dan di pengakhiran musim sejuk, bunga-bunga pun dah kering dan tinggal ranting-ranting sahaja. Salah satu masa yang terbaik untuk datang ke Kashmir adalah pada musim bunga. 

Antara dalam kawasan taman. Nak masuk ada bayaran.  Tak mahal pun dont worry. 

Ada kedai sebelum masuk ke dalam kawasan taman. Layan ice cream dulu walaupun dalam cuaca sejuk!


Kawasan luar sebelum memasuki taman. Taman yang sebelah dalam pagar.
Taman yang berlatar belakangkan gunung ganang yang di penuhi salji. 
Waktu operasi MUGHAL GARDEN adalah dari jam 9.00 am sampai la sunset!


Antara salah satu seni yang ada di dalam taman ini. 

Group photo. 
Garden yang sangat besar nakjalan pun tak larat.

Kami pergi ke 2 garden tapi saya hanya masuk satu sahaj sebab keadaan diri yang sangat tidak larat.  -_-"

Seterusnya kami di bawa ke satu masjid yang terkenal di Kashmir. 
HAZRATBAL MOSQUE!

Masjid lama yang dikatakan menyimpan seribu satu sejarah. Kalau dilihat seni binanya seperti gabungan islamic dan senibina india. Unik. 

Pintu masuk. Dikawasan ini banyak sangat burung merpati. Masa kami pergi sebahagian kawasan sedang di renovate. 

Diluar kawasan masjid ada kedai-kedai dan ada pasar sebelum sampai ke kawasan masjid ni. Kami pun jalan disekitar untuk beli buah buahan dan juga roti dalam gambar ni. 

Kawasan dalam masjid. Kawasan wanita. 
Tepi kawasan masjid ni juga terdapat taman. Ramai orang berehat dan picnic disitu.

Burung merpati!

Lepas melawat masjid, perut pun dah lapar. Dah tengahari. Kami beritahu pada driver cari kedai yang kami boleh makan kebab untuk makan tengahari. 

Kami pun makan seperti menu diatas. Sedap, kenyang. Alhamdulillah. 
Seterusnya, 
kami ke JAMIA MASJID. 

Waktu hampir petang, kami berkejar sebab disana pukul 5-6 sudah mulai gelap. 
Salah satu masjid yang terkenal di Kashmir.
Sangat besar, tersergam indah. 


Juga dalam keadaan sedang renovation. Angin bertiup sejuk. Kami berbual bersama kanak-kanak kashmir yg ada disitu. Cukup indah. 

Kami teruskan perjalanan, tiba-tiba driver kami berhenti di atas jambatan dan suruh kami bergambar. Rupanya memang salah satu tempat tourist bergambar. Cantik. Seperti di venice. Salah satu bandar yang ada di Kashmir. 


Tidak jauh dari jambatan tadi, ada satu lagi masjid. Melihat daripada rekabentuk sahaja kita dah tau ia merupakan satu masjid lama. Sangat lama! Tetapi ramai orang keluar masuk. 
SHAH HAMDAN MOSQUE. 

Di kawasan tandas, tapi cantik dinding nya. Air nya sesejuk air telaga sampai ke tulang wei!


Salah satu sisi disekitar masjid ini. 

Rekabentuk yang unik, dah diperbuat daripada kayu. 
Hampir pukul 5 petang, cuaca semakin gelap. 

Menuju pulang ke Dal Lake. tapi kami harus cepat sebab hari ini adalah hari terakhir di Kashmir dan kami masih belum membeli sebarang buah tangan untuk keluarga. Kedai juga tutup awal. 

Tidak punya banyak masa, sampai sahaja di pekan kami terus ke mana-mana kedai yang masih buka. Poncho, seperti dalam gambar antara souvenir yang boleh beli disana. 

Setelah membeli belah, pulang lah kami ke boat house. Malam telah tiba. Inilah keadaan nya dengan kami menaiki sampan. sesejuk mungkin. 

Malam terakhir, kami berjumpa dengan rakan yang kami kenali sebelum tiba di sana. 
Alhamdulillah. Persahabatan terjalin. 


Begitulah serba sedikit cerita kami di Kashmir, keesokannya perjalanan diteruskan lagi untuk melihat bumi Allah yang indah ini. 

Kashmir, kami akan kembali satu hari nanti. 
;)