Thursday, July 24, 2014

TRIP KE INDIA (PART 1) : TIPS/ PERSIAPAN SEBELUM PERGI

Assalamualaikum, untuk post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang juga seperti mana cerita di Boracay. Mungkin lebih panjang. Terdapat pelbagai cerita yang nak dikongsikan bersama. Suka dan duka. Ternyata tempat kali ini bukan lah pilihan utama kebanyakan pelancong dan ada yang akan tanya, why india? Kenapa? Mari kita selongkar satu per satu cerita disebalik trip kali ini.

Dah agak lama info-info ini disimpan mungkin juga ada yang dah terlupa.

So, sebelum mulakan cerita berkaitan trip di India, izinkan saya berkongsi persediaan dan juga perbincangan kami bagi menjayakan trip mega kali ini.


  • Perkara pertama yang SANGAT perlu dititik beratkan adalah, memilih tempat yang hendak dituju mengikut bilangan hari kalian disana dan juga destinasi mana yang kapal terbang anda turun. Bukan mudah untuk plan betul-betul sebab India ini sangatlah besar untuk di explore dalam masa yang singkat, so choose wisely supaya tidak buang masa dan duit. PLANNING dengan betul! Study MAP!



Trip kami seramai 6 orang, selama 8 hari 7 malam. Singkat!
Kata sepakat yang dicapai adalah KOLKATA-KASHMIR-DELHI-AGRA-DELHI-KOLKATA

Itulah tempat yang telah kami pilih sepanjang 8 hari disana. Salah satu tujuan kami pergi ke India adalah untuk pergi ke Kashmir, atau dikenali sebagai syurga dunia.


  • Sebelum korang finalize tempat untuk korang pergi pergi untuk buat research tempat-tempat dah distance antara tempat tersebut serta pengangkutan. Kami mengambil masa yang sangat lama semasa berbincang mengenai ini. Daripada susunan tempat yang hendak dilawati, pengangkutan yang dipilih, pit stop yang sesuai dan kos yang penting sekali. 

Salah satu sesi perbincangan kami. Tidak lupa juga untuk sediakan route atau plan B jika terjadi sesuatu perkara. Antara perkara penting yang perlu korang ambil perhatian adalah time untuk connecting flight, keadaan jalan raya perlu diingatkan kesesakan di India juga adalah sangat hebat terutamanya di Delhi. Maka, bersiap sedia dengan segala kemungkinan! 

  • Seterusnya selepas route telah dibincangkan, pengangkutan yang tidak memakan masa yang lama adalah menaiki domestic flight. Terdapat beberapa flight yang boleh dijadikan pilihan, seperti : Spicejet, Indigo, GoAir, Jet Konnect, India Air. Tips: Beli tiket lebih awal untuk dapat harga yang murah!

Selain tu juga terdapat pilihan untuk menaiki train tetapi dengan masa yang sangat terhad kami mengambil keputusan untuk menaiki domestic flight. Bagi yang berminat untuk beli tiket train boleh beli di Cleartrip secara online. Pada asalnya kami juga ada membeli tiket train untuk pergi ke Agra tetapi ada perkara yang tidak dapat di elakkan terpaksa cancel tiket tersebut dan refund diberikan mengikut T&C.

  • Penginapan atau hotel juga perlu dipersiapkan lebih awal supaya kita tak tercari-cari semasa disana. Penting untuk baca review sebelum book mana-mana hotel. Alhamdulillah, tempat penginapan kami semuanya okay dan selesa. 
  • Selain dari itu, perkara penting adalah penyediaan ubat-ubatan, seperti sedia maklum selalunya memang terkenal la dengan cirit birit dan sakit perut. Penting pemilihan tempat makan semasa disana. Sediakan ubat sakit perut, gastric, pil chi kit teck aun, vit c, panadol, minyak angin, koyok, vicks dan juga mask.
  • Selain ubat-ubatan, sediakan wet tissue, dry tissue, hand sanitizer, dan yang paling penting adalah PEMILIHAN MINERAL WATER sewaktu disana. Nampak seperti perkara remeh. Kalau kita disini, apa-apa sahaja mineral water dah kira selamat tetapi tidak disana kerana kandungan mineralnya berbeza untuk badan kita. 

Rasanya itu dulu tips yang dapat dikongsikan. Jika ada lagi nanti akan ditambah dari masa ke semasa. Nantikan post yang seterusnya. iA. 




Wednesday, July 16, 2014

NEWBORN CHECKLIST / CHECKLIST UNTUK BERSALIN

Assalamualaikum, 

Sementara tengah ingat dan sedang buat lagi ni, apa kata kita share dulu senarai semak barang-barang keperluan untuk bawa pergi hospital bagi ibu-ibu yang nak bersalin. 

Maklumlah, tahun ni ramai rakan-rakan seperjuangan yang akan melahirkan baby. ;)
Mungkin serba sedikit membantu ibu-ibu untuk buat persediaan barang apa yang nak dibawa nanti.
Kalau dah tak larat nak sediakan boleh bagi checklist ni pada husband masing-masing minta tolong untuk sediakan. InshaAllah segalanya dipermudah. 

Jangan keliru ye, list ni hanya untuk barang yang akan dibawa atau dipacking untuk dibawa ke hospital kelak. 


Mana-mana yang anda rasa tak diperlukan so tolak tepi sahaja la ye.
Sebenarnya ada satu benda yang sangat penting tiada dalam checklist tu, mummy to be perlu menyediakan HANDPHONE YANG MEMPUNYAI STORAGE YANG SANGAT BESAR. Sebabnya bila baby dah ada setiap pergerakan, perkembangan baby kita nak tangkap gambar dan record video. Percaya lah. Hehe. 
Selamat menjadi ibu!
:)



Friday, July 11, 2014

TRIP KE LOMBOK, INDONESIA (PART 3)


The next day, kami pergi island hoping.
Snorkeling di 3 pulau. Gili Air, Gili Meno.
Bermula jam 8 pagi dan balik semula lebih kurang jam 3petang.
Terbakar juga lah kulit. 

Nama dipanggil untuk tunggu turn naik boat. 

Naik boat lebih kurang 20 min, sampai dan boat berhenti tengah-tengah dan kita pun terjun!

Enjoy the pictures. 


Berhenti disalah satu Gili untuk makan tenghari. 


Airnya jernih, dan banyak sangat ikan serta berpeluang tengok turtle!

Balik dari snorkeling memang sangat letih. Berehat dan tidur!
Sebenarnya terdapat banyak sangat aktiviti boleh anda lakukan kalau pergi di Pulau-pulau ini.
Kalau berkesempatan dan ada masa yang lama, pergi lah hiking di Gunung Rinjani. Memang cantik. 
Keesokan paginya kami bergerak meninggalkan Gili Trawangan dan akan singgah di Mataram, bandar Lombok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Selamat tinggal Gili Trawangan.
Dari Gili ke Lombok hanya menaiki boat biasa. tapi bukan gambar bawah ni ye.
Lebih kurang 30min sampai ke Lombok. Kalau nak privasi naik la private boat untuk 2 orang!

Sampai sudah. 

Keadaan di Mataram, Lombok atau lebih dikenali dengan nama Pulau 1000 Masjid. Memang terdapat banyak sangat masjid disana. Jadi tidak perlu risau soal makan. Kerana majoritinya memang muslim. 

Kami stay di Hotel Santika Mataram.
Kalau nak ke bandar perlu naik teksi.
Petang di sana kami mengambil keputusan untuk pusing di sekitar Lombok dan melihat tempat-tempat menarik. Terdapat banyak lagi pantai-pantai yang boleh korang lawat antaranya Kuta beach, pink beach, white beach. Kami mengambil keputusan untuk lepak di Malimbu beach untuk melihat pulau-pulau dari atas bukit. 


Malimbu Beach. 

Serious jagung tu sedap, manis dan pedas! 

Jalan sampai hujung dan nampak pulau-pulau yang lain. 


Dalam perjalanan ke sini akan lalu art market dan lalu pantai sengigi antara yang terkenal disana. 
Boleh la berhenti untuk beli souvenir sebab kalau di bandar Mataram sendiri kurang kedai yang menjual souvenir. Kami pun tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan. 

Pulau yang kami pergi pun boleh dikatakan masih 'virgin' maka penjualan fridge magnet untuk dikomersil kan pun agak kurang. Memang susah nak cari. Hanya jumpa fridge magnet masa di Lombok.

Rasanya itu sahaja antara maklumat yang boleh kita share!
Jangan teragak-agak untuk pergi ke Lombok.
InshaAllah selamat dan berbaloi. 
:)

Feel free to ask anything. 





Thursday, July 10, 2014

TRIP KE LOMBOK, INDONESIA (PART 2)


Hello hello,
Kita sambung cerita Lombok kita lebih tepat lagi cerita di Gili Trawangan. 
Selama disana kami tinggal di Black Penny Villas.
Korang search je la sendiri kalau nak tengok rupanya macam mana.
Masa pergi tu dah nak dekat dengan sambutan new year jadi kebanyakan hotel penuh.
Kami mencari bilik yang dilengkapi dengan swimming pool. So black penny antaranya. 

Sampai di villa lebih kurang pukul 12 tengahari, tunggu pihak hotel sediakan bilik dan kita minum dulu welcome drinks!

Perut pun dah lapar sebab dah tengahari, depan hotel ni ada cafe untuk makan. Makanan pun sedap. Untuk makluman tiada masalah untuk mencari makanan disana kerana majoriti penduduknya adalah Muslim. 

Welcome!

Inilah dia pool dalam bilik kami. 

On da way ke bilik. Di sebabkan travel kali ni hanya berdua maka kami terpaksa bergambar menggunakan gopro dan gopole! 

Aktiviti kami sepanjang hari tu hanya relax & rest.
Tunggu petang hari untuk kami jelajah satu pulau. 
Fyi, tiada langsung kenderaan bermotor di Gili Trawangan ni. Kami pusing satu pulau dengan menggunakan basikal. Seronok bila semua orang pun berbasikal.
Untuk pusing satu pulau ni makan masa lebih kurang 1jam 30 min ke 2 jam shj!

Antara tempat lepak yang terdapat di sana. Hari dah petang kami pun cari port nak layan sunset. 

Pusing-pusing naik basikal, berhenti tangkap gambar!

Cuaca pun menarik. Pemandangan yang cantik. Pantai yang biru.

:)

Kayuh basikal. 

Jangan lupa kunci basikal!

Menunggu sunset!

Senja nan merah. 

Hari pun dah nak maghrib, pulang ke bilik.
Siap-siap untuk makan malam. 
Kat sana ada satu local market memang tempat makan local foods.
Jadi ada pilihan samada nak makan dikedai yang ala candle light dinner atau ke pasar menjadi seperti local.
Pilihan kami mestilah merasai makanan tempatan. 
Sedap, murah dan bervariasi! 

Sewa basikal mengikut hari jadi sampai keesokan harinya kami menggunakan basikal. 
Kehidupan malam di Gili Trawangan juga sangat seronok bukannya sunyi sepi. 

Malam hari juga kami pergi urut kaki dan badan. Pusing-pusing lagi naik basikal. 
Tunggu hari esok pula! 

See ya. 



Wednesday, July 9, 2014

TRIP KE LOMBOK, INDONESIA (PART 1)


Trip kali ini membawa anda semua ke negara seberang.
INDONESIA. 
To be exact, LOMBOK. 

Kenapa Lombok? 
Trip ni lebih kurang dikatakan trip pre-honeymoon.
Menghabiskan saki baki cuti kahwin yang telah diambil selama 3 minggu.
Reception, bertandang dan kita terbang ke Lombok. 

Tapi memang ramai yang tanya, kenapa lombok? 
Sebabnya adalah tak semua orang nak pergi ke sana. 
Yang kita tahu, cerita orang kita yang dibawa lari kesana. Hehe

Jom kita tengok apa yang menarik tentang Lombok!
Terdapat beberapa Pulau yang menarik korang boleh pergi.
Kami memilih GILI TRAWANGAN sebagai destinasi percutian kali ini. 

Kalau nak tahu Lombok ni sangat berdekatan dengan Bali. 
Perjalanan kami adalah dari KL-BALI-LOMBOK-KL
Frequency flight AA dari KL ke Lombok tak sebanyak ke Bali jadi atas pilihan kami pitstop di Bali dahulu. 

Dari Bali ke jeti lebih kurang 40 min untuk naik ferry. 
Perjalanan menaiki ferry ke lombok lebih kurang 1 jam. 
Jom kita tengok keadaannya. 

Kaki masih berinai. Hehe sedang beratur naik ferry/boat masa ni.

Memang ramai pelancong dari Bali untuk ke Lombok. 

Bahagian atas boat. 

Ni la rupa boat yang kami naik. Jangan risau bukan naik tongkang ye. 

Splashing. 

Alhamdulillah, sampai ke Gili Trawangan. 
Boat akan berhenti di 3 pitstop, sebab ada 3 pulau berdekatan antara satu sama lain.
Korang boleh pilih nak stay di Gili Trawangan, Gili Meno atau Gili Air.
Siapa cakap tiada benda yang menarik di Lombok?
Tengok la air nya biru. Serious lawa.
Subhanallah.
;)

Tunggu next post okayy?