Monday, November 4, 2013

TRIP KUNDASANG, SABAH.


Kami tiba di Kundasang waktu sudah hampir senja.
Kabus mulai tebal dan cuaca semakin sejuk.
Kami menginap di Kinabalu Pine Resort.
Tempat yang cantik dan pemandangan yang mengagumkan.

Here we go. 


Kedudukan bilik memainkan peranan penting, kami bernasib baik kerana pemandangan bilik menghadap puncak gunung kinabalu. Sayangnya masa kami sampai kabus tebal dan tidak kelihatan puncaknya. 


 Pemandangan dari atas Kinabalu Pine Resort.

 Tiada aktiviti pada waktu malam selain melayan perasaan bersama kawan-kawan. 
:)

Kami tidur lebih awal pada malam itu dan menantikan sesuatu pada keesokan paginya.
Seawal 5 pagi, tersedar dan terus terjah ketingkap bilik.
dan sesuatu yang mengujakan, Subhanallah. 

Puncak Gunung Kinabalu daripada tingkap hotel kami. Tiada kata-kata dapat mengungkap.
Amazing. Cahaya matahari baru nak naik. 

Berlatar belakang kan gunung kinabalu.
 Setelah bersarapan dan bersiap-siap kami pun terus check-out dan meneruskan perjalanan. 



Destinasi kali ini kami ke Sabah Tea.
Cuaca sejuk-sejuk and menghirup teh panas. 


A cup of tea. 


Selepas puas minum teh, kami memulakan sesi bersama haiwan.
Kami singgah di sebuah petempatan Ikan Kelah.
Bukan dalam kolam tetapi ikan itu originally di sungai itu.

RM5 untuk masuk kan kaki dan RM10 untuk mandi.
Ikan nya  besar-besar dan agak agresif. 



Seronok digigit ikan. 

Selepas itu kami kembali ke Kundasang untuk pulang semula ke Kota Kinabalu.
Sempat singgah si pasar Kundasang untuk membeli sayur-sayuran untuk dibawa pulang. 
Jangan lupa untuk tawar menawar!





Tidak jauh dari pasar berkenaan kita singgah pula di Desa Dairy Farm atau lebih dikenali dengan nama New Zealand Malaysia. 
Melihat lembu-lembu yang super cute dan jinak.

 Pilihan untuk memberi susu atau makanan kepada kambing dan lembu!




 Menyusu. 

 Kami begitu obses dengan haiwan maka kami sangat lah enjoy. :)

Jangan lupa untuk singgah di cafe untuk membeli susu segar dari ladang!

Maka tamat lah perjalanan kami di Kundasang dan Ranau dan kami pulang semula ke Kota Kinabalu. 

Untuk hari yang terakhir, kami tidur di Sutera Harbour Resort.
Terletak tidak jauh dari airport. 

Setelah seharian berjalan dan agak kelaparan malam ini kami kenduri seafoods.
Bersebelahan dengan Pasar Filipina terdapat pelbagai jenis makanan dan seafoods.
Cheap and variety of choice. 


Samada beli yang telah siap di masak atau pun pilih yang mentah dan minta untuk mereka masak. Nyummy!

Malam nya kami sekadar berehat dibilik dan ada yang pergi menikmati welcome drinks di club hotel. 
Hari terakhir kami, berjalan sekitar hotel dan pemandangan yang sangat cantik!




Selepas breakfast, dahagakan air laut maka terjunlah mereka ke kolam renang dan pantai!
Enjoy the pictures!







Bergambar sekali lagi sebelum pulang. 


 Tamat lah percutian kami di Sabah.
Sememangnya tidak lengkap ke Sabah jika tidak pergi ke Pulau tetapi pada masa ini issue Lahad Datu tengah hot. Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan pulang walaupun pada asalnya adalah untuk pergi ke Pulau. Not bad thou. 

Will come again. 




*** This is a super duper pending post! Mungkin ada cerita yang terskip.
Thank you for reading!