Monday, March 18, 2013

TRIP KE BORACAY : LAST DAY


Sambungan dari Ariel's Point.
Selepas kami pulang semula ke pulau dari Ariel's Point dalam pukul 5 ptg,
sambung hari-hari terakhir aktiviti kami dengan menaiki private yacht untuk menikmati sunset sekitar pulau boracay. Korang boleh bargain dengan mereka ni untuk dapat kan the best price!
Kami naik 6 orang + 1 couple so jumlah semua 8 orang.
Boleh je kalau nk request untuk dua orang sahaja tapi kena la bayar lebih. 

Lets enjoy the moment

Sunset behind us. 
Sehingga terbenamnya matahari maka pulanglah kami ke hotel.
Aktiviti malam itu kami pergi dinner dan juga sebagai penutup kami pergi massage.
TAMAT lah penjelajahan aktiviti sepanjang kami di Boracay.

Keesokan hari nya, kami keluar seawal 7 pagi untuk membeli souvenir kali terakhir.
Boat kami pada pukul 1030 pagi. 


D'talipapa sebelum bergerak balik. 

 Boat keluar dari pulau. 

 Happy dalam sedih. We miss you Boracay!

 Travel light if you wanna go there. 

Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan Southwest Tours, dari pick up di hotel, naik boat, dan kami naik bas untuk pergi ke Kalibo Airport. Since kami datang dari Caticlan, this is our first time untuk pergi ke Kalibo.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kalibo dari Jetty Caticlan.

 Bas Southwest Tours untuk pergi ke Kalibo.

 Us. Here we go. 

Perjalanan 2 Jam telah sampai dengan melalui jln2 kampung. 

 Untuk pengetahuan, Airport Kalibo ni pack sgt2. Kecik. Nak beratur utk check in pun sgt lah sesak. Beratur bersambung2 dgn yg lain and everything is manual. Jadi dinasihatkan adalah lebih baik check in siap2. Kalau nk check in baggage better datang awal.

Flight kami pada pukul 3ptg dari Kalibo ke Clark. Mengambil masa lebih kurang 45 min.

 Selamat sampai ke Clark. 

Ni antara ATM machine yang ada kat clark. 

Okay, untuk makluman kita boleh je nak withdraw duit kalau kat Filipina. ATM mudah untuk didapati.
Walaupun kita kat Boracay, ada few juga ATM Machine kat sana. So jangan risau kalau tiba-tiba kehabisan duit. Tapi kalau kita bawak cash dalam ringgit malaysia dan nak tukar duit di money changer kat sana, better tukar semua siap-siap sebab kat sana susah untuk terima ringgit malaysia. So better kita keluar kan duit terus in peso kat ATM. Tapi sedia maklum charge yg akan dikenakan. Kalau maybank lebih kurang rm12 per transactions. So sekali keluar duit terus keluar banyak-banyak.

Boracay ATM machine boleh didapati di D'Mall and make sure activate kan dulu kad korang sebelum pergi. Call bank dan aktifkan international withdraw.

Dari Kalibo kami ke Clark dan stay 1 malam di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. 

Jeepney adalah public transport di sana.
Kami dinasihatkan untuk berhati-hati jika menaiki jeepney sebab ada pick pocket. Jadi untuk keselamatan lebih baik kita naik cab.

Kami sampai di clark pada pukul 4 ptg. Mmg tak dinafikan agak susah untuk mendapatkan makanan halal.
To kill the time, kami mencari tourist attractions yang berhampiran supaya masa tidak buang begitu sahaja,
tiada tempat yang boleh pergi dlm kawasan terdekat maka kami habis kan masa di SM City Mall. Sebuah shopping mall. Tiada apa yg menarik. Sama mcm shopping complex yang lain.



Misi mencari makanan halal. 

Information counter. 

Ini sahaja yang kami jumpa. Kiosk jual kebab dan samosa. Dinner malam ini. 
Selepas dinner, mati kutu apa aktiviti nak buat, kami habis kan duit bermain di arcade. Ntah berapa byk kali sampai tak terkira. 

Phew.

Paling favorite.

Battle. 

Excited much? Yes!.
Kami stay di Angeles City semasa di Clark, hotel pun menyediakan transport utk pergi ke SM Mall.
Tepat pukul 9.40 kereta dah tunggu. Kami pun balik ke hotel. Masa masih awal jadi kami jalan-jalan disekitar hotel. Keadaan pada waktu mlm agak suam-suam, yg banyak hanyalah "lampu-lampu merah". Hehe. Such an experienced for us to stay there. 

Angeles City. Berjalan dari hotel ke 7-eleven.

Keesokan harinya, hari untuk pulang ke Kuala Lumpur. Habis kan masa berjalan di sekitar Clark untuk mencari souvenir dan makanan halal. Nothing much to buy.

Kebetulan ada Australian Day masa kat sana. 

Friendship Terminal.

Walking Street. mmg untuk berjalan sahaja. Disinilah terdapatnya 1 kedai halal. Boleh cari kat sini. Bersebelahan dengan kedai indian food malaysian.


Sebelah kedai ni ada kedai tulis Halal. 

Cuaca pada hari tu memang sangat-sangat terik. 



Last but not least. Ice cream pada hari yang panas. Maka selepas itu bergerak lah kami ke Airport Clark untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah pengembaraan kami di bumi Filipina. One of the best trip even very challenging.

Boracay & Manila & Clark, January 2013.


Feel free to ask anything. 



1 comment:

Unknown said...

how much you need to pay for the private yacht on the last day in Boracay ?