Thursday, February 27, 2014

TRIP KE PHNOM PENH & TRIP KE SIEM REAP : DAY 1 & 2

Here we go,

27 June 2013 - 30 June 2013
Phnom penh & Siem Reap, bachelorette trip.
Hehe  

Kami bertolak tengahari dari Kuala Lumpur dan sampai di Phnom Penh lebih kurang jam 2 petang.
Hari pertama kami teruskan perjalanan dari Bandaraya Phnom Penh terus ke Siem Reap.

Untuk pengetahuan mata wang yang digunakan di Cambodia adalah USD. 

Perjalanan daripada Phnom Penh menuju ke Siem Reap adalah dengan menaiki bas. 
Tiket kami cari semasa tiba disana dan meminta taxi atau tuk-tuk untuk bawa kami ke stesen bas.
Tambang menaiki tuk-tuk dari airport ke stesen bas lebih kurang RM6 seorang. 
Harga tiket bas dari Phnom Penh ke Siem Reap adalah USD 10 lebing kurang RM30. 

Happy faces.

Familiar faces. 

Tempoh perjalanan yang diambil dari Phnom Penh untuk sampai keSiem Reap adalah selama 7 jam!
Wohoo, betul-betul mencabar. Kenapa mencabar?
Perjalanan yang selama 7 jam itu bukan lah diatas jalan raya seperti highway utara selatan yang ada dinegara kita ini, hanya 1 jam pertama sahaja jalan nya 'normal' dan selebihnya, free massage! 
Tuhan saje yang tahu betapa bersabarnya kami dalam kegelapan malam dan kelaparan ditemani urutan percuma bas yang melambung-melambung. 
Walaubagaimanapun, kami berjaya juga bertahan sehingga lah sampai di Siem Reap. 
Kami naik bas dalam pukul 7pm dan sampai lebih kurang jam 2am. 

Sampai hotel pun dah tengah pagi, tetapi keadaan di Siem Reap agak tenang dan sejuk kerana persekitaran nya yang seperti kawasan kampung, sangat berlainan dengan Phnom Penh. 

Check in & tidur! Hari esok menanti. 
Kami bermalam di Hotel 1961, Siem Reap. 
Satu malam lebih kurang RM160. 

Keesokan hari. Lobby hotel.
Hotel ni kecil je, bilik dia ada theme so nasib lah dpt yg mana. Hotel ni ada art gallery.

So aktiviti kami pada hari in iadalah melawat angkor wat.
Sepanjang aktiviti disana kami hanya menggunakan tuk-tuk service yang disedikan oleh pihak hotel.
Driver kami nama Chin! Baik sangat orangnya. 

Dari hotel ke angkor wat lebih kurang 10 min sahaja. 

Sebelum masuk angkor wat kena buat passport dulu, kena tangkap gambar semua dan dia bagi kita mcm dalam gambar ni.

Harga masuk adalah US$ 20, mahal sebab dia world heritage. 
Dalam angkor wat ni ada banyak sangat temple-temple yang lain. Bukan hanya satu temple sahaja. 
Sekali ada pass boleh keluar masuk bila-bila. 

Kami keluar dalam pukul 6 pagi sebab nak tengok sunrise kononnya. Orang lain dah balik kami baru sampai. Hehe

 Jalan untuk masuk ke angkor wat, memamg sangat besar. Dinasihatkan untuk memakai kasut yang sesuai sebab jalan dia bukan jalan rata dan perlu untuk jalan sangat banyak. 

Awal pagi, excited lagi masih fresh. 

Baru mula satu part daripada temple ini.

Yeay!

Mini us. 




Sunrise.

Coffee lover!

Love. 

Banyak tangga yang perlu didaki. 



Pose.






Langkah demi langkah, ini adalah baru tempat visit yang pertama. Setelah habis melawat angkor ni, kami pulang semula ke hotel untuk sarapan. Kemudian sambung semula untuk ke angkor yang lain. Tiada masalah untuk keluar masuk, yang penting simpan passport angkor yang diberi tadi. 

Lebih baik jika pergi awal pagi sebab makin tenghari makin tinggi lah matahari dan semakin berpeluh lah nnt!

Chin dah tunggu kami untuk pulang ke hotel untuk breakfast! Jom. 
Tunggu next post, bye!
:)




5 comments:

Unknown said...

As salam... Saya Ak. Asyraf. Maaf nak tnya semua tempat d phnom penh dan Siem Reap guna USD??? mksdnya nilai mta wang kat sna tinggi la tu???? sbb kiranya saya n kwn2 nak buat lwtan akademik di sna... tpi masi dlm perbincgan la nak tentukn masa nya.... Saya harap cik dpt bgi respon.. tq...

Unknown said...

Kalau bole saya nak minta no. fon cek spya saya bole kontek... tq ni no saya 0168464008

Unknown said...

Acap Asyraf: Wsalam, pakai USD tak semestinya mata wang tinggi. Tengok kepada harga brg juga. Sebab kat Siem Reap ramai tourist so lebih sng guna USD, tapi perlu juga ada sedikit mata wang sana utk beli benda2 kecil di kedai runcit dia cth: mineral water etc.

Sizzling Suzai said...

babe wahhh i gogel2 je nmpk muke u guys tau hehehe best2 im planning to go sbnanye n hey ur review best..thanks 4 sharing! :)

Seragam said...

BEST HOTEL ROOM RATE
PLEASE CHECK...

This Document
is
PASSWORD & PROTECTED
Click
OPEN
OPEN
OPEN
OPEN
OPEN
OPEN

To UNLOCK File !