Thursday, January 8, 2015

TRIP KE INDIA : PART 4 (KASHMIR)


Kita sambung cerita kita, next day.
Masih dengan Kashmir setelah seharian semalam di Gulmarg sahaja maka hari ini kita pusing ke tempat menarik disekitar Kashmir. Let's check it out. 


Muka ceria pagi hari untuk teruskan pengembaraan kami di Kahsmir. Cuaca juga agak sejuk tetapi tidak sesejuk pagi semalam.

Alhamdulillah keadaan diri juga agak stabil berbanding malam semalam. Perlukan kesihatan yang baik kerana perjalanan masih jauh. Bila keadaan terlalu sejuk agak sukar untuk bernafas, perlu untuk tutup mulut dan hidung. 

Sampai saja di daratan daripada Dal Lake seberang jalan ada restoran, kami pun breakfast dulu disitu. Disebabkan 95% adalah muslim maka tidak susah untuk cari kedai makan cuma tekak kita boleh terima atau tidak sahaja dengan selera mereka. Pagi ini kami makan puree, sedap sangat sangat dan juga pelbagai jenis roti lain.


Inilah driver kami. Sangat baik, sangat peramah. Bahasa interaksi ketika di Kashmir adalah Bahasa Inggeris. Jangan risau boleh dikatakan hampir semua fasih berbahasa inggeris. Diseberang tu lah kedai kami makan. Kereta pun tunggu tepi Dal Lake sahaja. 

Lokasi pertama kami pada pagi tu, mendaki satu bukit diatasnya terletak satu kuil, tujuan kami untuk naik ke atas adalah untuk melihat secara keseluruhan pandangan Dal Lake dan juga kawasan berhampirannya. Kereta boleh naik sampai satu had sahaja kemudian kena turun untuk pemeriksaan keselamatan, kalau nak tau di sana mmg selalu kena 'spot-check' sebab banyak kes kat sana. 

Jalan untuk sampai ke atas, masa ni masih menaiki kenderaan. Kemudian kena mendaki tangga. Mengah jugak la dengan angin sejuk lagi. Memang rasa sesak nafas. Cuba untuk cari gambar pemandangan dari atas ni, tapi tak jumpa pulak. Gambar memang sangat banyak. Dah jumpa nanti, saya letak kan disini. 

Untuk makluman, Kashmir ni terdapat banyak taman-taman atau garden yang dipenuhi landskap yang sangat cantik serta pelbagai jenis bunga. Disebab kan kami datang pada musim sejuk dan di pengakhiran musim sejuk, bunga-bunga pun dah kering dan tinggal ranting-ranting sahaja. Salah satu masa yang terbaik untuk datang ke Kashmir adalah pada musim bunga. 

Antara dalam kawasan taman. Nak masuk ada bayaran.  Tak mahal pun dont worry. 

Ada kedai sebelum masuk ke dalam kawasan taman. Layan ice cream dulu walaupun dalam cuaca sejuk!


Kawasan luar sebelum memasuki taman. Taman yang sebelah dalam pagar.
Taman yang berlatar belakangkan gunung ganang yang di penuhi salji. 
Waktu operasi MUGHAL GARDEN adalah dari jam 9.00 am sampai la sunset!


Antara salah satu seni yang ada di dalam taman ini. 

Group photo. 
Garden yang sangat besar nakjalan pun tak larat.

Kami pergi ke 2 garden tapi saya hanya masuk satu sahaj sebab keadaan diri yang sangat tidak larat.  -_-"

Seterusnya kami di bawa ke satu masjid yang terkenal di Kashmir. 
HAZRATBAL MOSQUE!

Masjid lama yang dikatakan menyimpan seribu satu sejarah. Kalau dilihat seni binanya seperti gabungan islamic dan senibina india. Unik. 

Pintu masuk. Dikawasan ini banyak sangat burung merpati. Masa kami pergi sebahagian kawasan sedang di renovate. 

Diluar kawasan masjid ada kedai-kedai dan ada pasar sebelum sampai ke kawasan masjid ni. Kami pun jalan disekitar untuk beli buah buahan dan juga roti dalam gambar ni. 

Kawasan dalam masjid. Kawasan wanita. 
Tepi kawasan masjid ni juga terdapat taman. Ramai orang berehat dan picnic disitu.

Burung merpati!

Lepas melawat masjid, perut pun dah lapar. Dah tengahari. Kami beritahu pada driver cari kedai yang kami boleh makan kebab untuk makan tengahari. 

Kami pun makan seperti menu diatas. Sedap, kenyang. Alhamdulillah. 
Seterusnya, 
kami ke JAMIA MASJID. 

Waktu hampir petang, kami berkejar sebab disana pukul 5-6 sudah mulai gelap. 
Salah satu masjid yang terkenal di Kashmir.
Sangat besar, tersergam indah. 


Juga dalam keadaan sedang renovation. Angin bertiup sejuk. Kami berbual bersama kanak-kanak kashmir yg ada disitu. Cukup indah. 

Kami teruskan perjalanan, tiba-tiba driver kami berhenti di atas jambatan dan suruh kami bergambar. Rupanya memang salah satu tempat tourist bergambar. Cantik. Seperti di venice. Salah satu bandar yang ada di Kashmir. 


Tidak jauh dari jambatan tadi, ada satu lagi masjid. Melihat daripada rekabentuk sahaja kita dah tau ia merupakan satu masjid lama. Sangat lama! Tetapi ramai orang keluar masuk. 
SHAH HAMDAN MOSQUE. 

Di kawasan tandas, tapi cantik dinding nya. Air nya sesejuk air telaga sampai ke tulang wei!


Salah satu sisi disekitar masjid ini. 

Rekabentuk yang unik, dah diperbuat daripada kayu. 
Hampir pukul 5 petang, cuaca semakin gelap. 

Menuju pulang ke Dal Lake. tapi kami harus cepat sebab hari ini adalah hari terakhir di Kashmir dan kami masih belum membeli sebarang buah tangan untuk keluarga. Kedai juga tutup awal. 

Tidak punya banyak masa, sampai sahaja di pekan kami terus ke mana-mana kedai yang masih buka. Poncho, seperti dalam gambar antara souvenir yang boleh beli disana. 

Setelah membeli belah, pulang lah kami ke boat house. Malam telah tiba. Inilah keadaan nya dengan kami menaiki sampan. sesejuk mungkin. 

Malam terakhir, kami berjumpa dengan rakan yang kami kenali sebelum tiba di sana. 
Alhamdulillah. Persahabatan terjalin. 


Begitulah serba sedikit cerita kami di Kashmir, keesokannya perjalanan diteruskan lagi untuk melihat bumi Allah yang indah ini. 

Kashmir, kami akan kembali satu hari nanti. 
;)