Wednesday, February 13, 2013

TRIP KE BORACAY : DAY 1

Setelah sampai pada pukul 7pagi di Boracay,
kami meneruskan aktiviti kami. Tanpa berlengah tanpa perlu berehat dan tanpa membuang masa.
Untuk makluman waktu di Boracay adalah sama dengan waktu kita di Malaysia.

Kami menginap di Amigos Beach Hotel dimana booking semua melalui Agoda.
Harga yang sangat affordable, RM 140 untuk dua malam.
Diboracay terdapat beberapa station yang mengklasifikasikan hotel-hotel.

Station 1 : Hotel- hotel mewah (4-5 star)
Station 2 : Hotel-hotel 3-2 star
Station 3 : Hotel backpackers

Boleh pilih mengikut kemampuan dan keselesaan, bilik kami tidak lah mewah tetapi selesa bagi kami ber-6.
Pada mulanya agak was-was kerana hotel ini terletak di kawasan berhampiran perumahan local Tapi semuanya ok kerana strategik untuk membeli belah di d'talipapa dan juga sangat berhampiran dgn wet market. Semuanya tidak jauh dari pantai kerana saiz pulau ni tak sebesar mana pun. 


 Pintu hotel.

 Kawasan sekitar.

 Reception, don't judge a book by its cover.

 Lobby hotel.

Sampai dan terus check in, letak beg straight away pergi ke pantai.
Kedudukan hotel kami sangat-sangat lah berhampiran dengan d'talipapa, iaitu tempat membeli belah yang agak murah jika dibandingkan dengan D'Mall. Nak beli fridge magnet, tshirt, souvenir dan lain-lain semua terdapat disitu.


Kedai berhampiran hotel, menuju ke pantai.

Kedai pertama untuk membeli sim card. 

Disekitar tepi pantai station 3. 


Pantai yang indah dan mendamaikan. 

Sementara menunggu person in charge untuk membawa kami ke aktiviti-aktiviti yang dipilih.  


To kill the time, disepanjang pantai terdapat service hair braied, tattoo, urut dan bermacam aktiviti. 
Pandai pilih, tawar menawar dapatlah harga yang murah. Hair braided dalam gambar ni 300 peso = RM24+-, pergi kedai lain boleh dapat lagi murah. 

Boleh berurut sambil melayani angin pantai. 

Jom jalan lagi sehingga la sampai ke station 1, dimana person incharge kami tunggu disitu. 

Disepanjang pandai terdapat kedai dan hotel, sangat happening bila malam. 

Di area station 1, dimana kami menunggu boat untuk membawa kami pergi Helmet Diving. 

Jam 11 pagi, cuaca sangat cantik, pantai sangat bersih, pantai nya pun nama White Beach. 
Memang betul-betul white. 

Boleh berguling-guling. 

Langit yang sangat cantik! 

Bermain dengan pasir. 

Aktiviti pertama kami adalah Helmet Diving, dengan menaiki boat sehingga ke tengah laut, akan dipakaikan helmet yang beratnya lebih kurang 10-15kg, turun dari boat terus ke dasar laut, bernafas seperti biasa. Melihat dasar laut yang dalamnya lebih kurang 14 kaki. Melihat ikan dan kawasan sekitar. Selama 20minit dibawah, bergambar serta video disediakan dalam pakej. Worth it. Satu pengalaman yang baru dan mengujakan.

Untuk pengetahuan, kami mendapat pakej yang sangat lah murah, hanya RM68 untuk 2 aktiviti. Very lucky us, kami beli deal ini from groupon 2 hari sebelum pergi. Rajin-rajin lah melihat deal-deal yang ada dalam semua website. Kalau harga disana lebih kurang 100+- untuk satu aktiviti.

 Bot untuk menuju ketengah lautan luas.

 Amoi jual sayur. 


14 kaki didasar laut, jom kita berhelmet,





Setelah naik, ditengah lautan. 

 Tour guide kami. mesra dan service yang bagus. 


 Muka pun mula sunburn. Pedihnya diri sendiri saja yang tahu. 

 Perjalanan kembali ke pantai selepas helmet diving.

Hungry, dont forget your foods. Bagi mereka yang senang sea sick make sure sentiasa ada foods bagi mengelakkan perut masuk angin dan mabuk. 


Selepas kami sampai ke pantai, 2 orang daripada kami mahu melakukan parasailing, so just 3 of them pergi ke tempat untuk parasailing, yang lagi tiga bercanda di pantai sambil menunggu untuk pergi ke aktiviti seterusnya. Another good deal after bargain dgn tour guide kami, parasailing untuk 20minit berharga RM 63. 

 Ze girls. 


 Superman.
 Up up.

Sementara menuggu mereka pergi parasailing kami pergi hair braided lagi to kill the time, this time around much more cheaper than first one, only RM 12 per person and the price may vary ikut kepanjangan rambut dan juga design. 

Rambut pendek pun boleh. no extension.  

Pokok kelapa. 

 Gangster jawa. 

Next aktiviti adalah zorbing atau pun dikenali sebagai hamster ball. 
Tunggu transport seperti mini truck untuk membawa kami ke bahagian atas Boracay untuk berzorbing. 

 Menunggu kenderaan sampai.

 Group photo sebelum anda digolekkan.

Pairing dan dalam bola tu di masukkan air, maka jadi lah washing machine yang memutarkan anda tanpa arah dan tanpa kawalan dalam tu. Nasib lah tersepak ke tertindih ke tertelan air, semua ada. 

 Kau happy kan sebelum lunyai.

 Here we go. Mula-mula seronok tapi bila mula laju dan hilang kawalan mmg dah tak terkeluar sebarang perkataan. 

 Siblings. 

 Jauh ke bawah. 


 Zorb. Fun. Enjoy. 

Setelah habis zorb, pulang kami ke pantai sambil menikmati jagung dan menunggu sunset ditepi pantai. 
Mandi lagi dan sepanjang hari mmg hanya perlu berbaju mandi sebab tak sempat kering akan basah lagi. 

 Jagung bakar.

Belanja hangus untuk hari ini,
Hotel RM 140
Aktiviti from Groupon RM68
Membeli jajan lebih kurang RM15
Total = RM 223

Sampai sini dulu post kali ini, tunggu untuk next entry ya.
Long post, banyak betul gambar. 
Hope you enjoy. 

;)


8 comments:

Unknown said...



hai..nk tanye kalau travel with kids sesuai tak duduk di hotel amigos ni?. hotel ni berada di stesen brape?. dari satu stesen ke satu stesen tu dekat tak ?..

Unknown said...

@zunainah selamat : hi zunainah! hotel ni sesuai je untuk kids cumanya kalau dpt bilik tingkat 2 atau 3 kena naik tangga la. katil pun queen bed and single. takde apa pun yg memisahkan station2 cuma kalau dah duduk kat station 3 ni nak ke station 1 lebih kurang 15 minit jalan kaki jugak la.

Unknown said...



ok..jawapan yg sangat membntu.. yg setakat berjalan kaki 15minit ok kot.. anak2 dah bole berlari berkejaran.. hehe.. tq ye siti atiqah.. ;)

Unknown said...

hye awak..nak tanya.. awak pergi sana by pakej ke backpackers?

Unknown said...

Hye blh sya tya...plan sya untk ke sana bulan 3 2016 blh x sya tya klo sya ke sana tanpa sebrang pkej?mksud sya tnpa booking hotel trua redah ja ..susah x?

Unknown said...

Hye blh sya tya...plan sya untk ke sana bulan 3 2016 blh x sya tya klo sya ke sana tanpa sebrang pkej?mksud sya tnpa booking hotel trua redah ja ..susah x?

Unknown said...

Hye blh sya tya...plan sya untk ke sana bulan 3 2016 blh x sya tya klo sya ke sana tanpa sebrang pkej?mksud sya tnpa booking hotel trua redah ja ..susah x?

Unknown said...

Hye blh sya tya...plan sya untk ke sana bulan 3 2016 blh x sya tya klo sya ke sana tanpa sebrang pkej?mksud sya tnpa booking hotel trua redah ja ..susah x?