Monday, January 6, 2014

TRIP KE BANDUNG


Mac 2013,
Yeah, pending as usual. 
Impromptu trip juga sebenarnya.
KL - BANDUNG - JAKARTA - KL


Trip kali ini pergi atas keinginan untuk makan dan juga membeli kain.
Random us. 

After work faces. Cranky and grumpy. Hehe
Kami menaiki Airasia, jam 8.25 malam - sampai lebih kurang jam 9.30 malam.
Tambang teksi dari airport ke hotel lebih kurang RP 45,000.

Sampai pun dah malam, nak bergambar pun tak mampu dah.
Hanya pergi makan di Warung Cmar. Sila cari bila anda pergi ok. 

Tinggal di Hotel Riau, kebetulan masa tu musim cuti, hotel kebanyakannya penuh.
Ini je hotel yang tinggal, maka tiada pilihan kami booking sahaja. 

Kedudukan hotel agak jauh dari FO di Jalan Riau. Boleh nak jalan tapi penat jugak lah. 

Breakfast untuk dapatkan tenaga sebab nak membanting tulang. 

Provided by the hotel, ini disekitar kawasan hotel. Cantik.

Laluan ke bilik Hotel. 

Kami mulakan misi untuk pergi ke Pasar Baru,
misi kami kali ni nak pergi beli kain!

Kami memilih untuk menaiki angkutan. Public transport orang-orang local.
Selalunya kalau orang lain lebih memilih untuk naik teksi.
Angkutan ni lebih kurang macam bas lompat kalau bahasa kita, tapi naik van.
Murah pun murah baru berapa posen aje.

Pengamen di jalanan. 

Bersempit dalam angkutan. Kami ok je. Hehe

Tetap anti-social masing-masing. 

Bila naik angkut ni dia tak lah berhenti mengikut tempat yg tetap kita nak, ada pitstop-pitstop dia.
Kita just btau nak ke mana, then nnt dia akan btau tempat mana yang perlu turun.


Dah turun lepas tu menapak sikit lagi nak sampai hotel since hotel kami agak jauh tapi pitstop angkutan tu.
Makcik junjung dengan kain-kainnya.
Dari awal pagi sampai jam1 tengahari kami di Pasar Baru.
Mission accomplished!

Berehat sebentar dan kami sambung keluar sebelah petang.
Tangga menuju ke bilik kami. Cuaca nak hujan, mendung. 

Sekali lagi, perjalanan kami diteruskan.
Menaiki angkutan untuk pergi makan makanan Sunda.
Jika anda pergi ke Bandung, jangan lupa makan di 
Sajian Sunda Sambara. 

Turun dari angkutan perlu jalan lebih kurang 1km, tiba-tiba hujan turun.


Akhirnya, dalam hujan sampai jua kami.


Jalannya agak lumayan, maka makan besar kami. Hehe
Sedap!! 

Sisters. 

Us. 

Selepas kenyang kami meneruskan misi.
Mencari minuman istimewa pula.
Bergerak lah kami ke Rumah Mode.
Tujuannya? Shopping? Ternyata bukan sama sekali.
Memang tujuan kami ke Bandung kali ini untuk menikmati makanan spesial di Bandung dan beli kain sahaja.

Perjalanan ke Rumah Mode dengan menaiki teksi.
Ingat ya jika ingin naik teksi di Bandung, hanya naik teksi Blue Bird.
Untuk mengelakkan ditipu dan sebagainya. Jangan lupa minta untuk gunakan meter.

Apa yang kami cari di Rumah Mode.
Adalah, KOPI DURIAN!
Hehe.

Itu Sahaja. 



Mission accomplished!
Smoothie spesial hanya terdapat di Rumah Mode.

Yeay!

Minum kopi, pusing-pusing beli baju sehelai dua.
dan beransur pulang ke hotel.


Lagi satu sebab ke Bandung adalah untuk shopping di Gazibo (ejaan tak pasti).
Atau nama lainnya pasar pagi.
Jika anda berada di Bandung pada hari Ahad, jangan lupa untuk pergi ke Gazibo ini.
Sangat besar pasarnya. Tiap kali ke Bandung kami pasti akan memilih hari Ahad supaya dapat berkunjung ke Gazibo. Seawal jam 5 pagi sudah dibuka.
Pasarnya sangat besar dan pelbagai barang dapat dijumpai.
Shopping kat sini adalah paling heaven bagi kami!
Check it out!

Jika di Malaysia masukkan duit RM 1 berjalan lah permainan ini tetapi disana masih manual.
Begitu gigih mencari rezeki.

Sosej bakar, mari makan seperti local!

Di padang berhampiran Gazibo.



Kedai-kedai di belakang dan ramai yang duduk berkelah.
Murah. murah!
Tapi jangan pakai baju tebal-tebal, keadaan mungkin panas kerana matahari pagi yang terik.

Checked!



Pulang kami ke Hotel dan bersiap-siap untuk pulang.
Tetapi, perjalanan kami bukan dari Bandung. Kami perlu ke Jakarta kerana tiket dibeli dari JKT - KL.
Namanya impromptu plan.
Baru nak mencari transport untuk ke Jakarta. Untuk kejarkan flight di sana.
Terdapat banyak cara untuk ke Jakarta tetapi kerana musim cuti semuanya full.
Setelah pelbagai alternatif dicari, cara yang terbaik adalah,
menaiki bas ke Jakarta!

Dari Bandung kami perlu pergi ke Primajasa untuk menaiki bas.
Tiket bas RP 75000 dari bandung ke jakarta.

Dalam kelam kabut sempat minta teksi untuk singgah di Kartika Sari membeli brownies!
Penat berlari ke sana sini.
Berehatlah kami selama lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Jakarta. 

Tempat duduk bernombor. Bas yang selesa.

Zzzzzz

Alhamdulillah selamat sampai ke Airport Jakarta. 

Akhirnya, pulang kami ke Kuala Lumpur menaiki Lion Air.
Berakhirlah percutian budget tanpa dirancang.
Good food, good people, sweet memories.

:)