Thursday, May 22, 2014

TRIP KE PHNOM PENH & SIEM REAP (PART 2)

Perjalanan kami teruskan selepas bersarapan di hotel.
Tiket angkor ni valid untuk 1 hari, terpulang lah berapa kali nak keluar masuk.
Tetapi dinasihatkan pergi la seawal mungkin dan tour kawasan sekitarnya supaya bole habis awal kerana cuaca pada tenghari sangatlah terik. 
Kalau rasa akan berjalan sampai ke petang bawalah payung. 

Ta Phrom. Angkor yang kedua kami lawat. 
Matahari tegak atas kepala. Dari satu angkor ke angkor yang lain hanya menaiki tuk-tuk. 

 Kalau korang tengok angkor ni akan teringatkan satu filem, Tomb Raider.
Antara babak yang dilakonkan adalah di pokok besar yang tumbuh menjalar keatas angkor ini.

 Tahan panas. 

 Tadaa, ingat tak? 

 Kebanyakan angkor disini dalam proses pembersihan dan sebagainya. Akan ada kawasan-kawasan yang rosak dan ditutup. Ada juga yang telah rebah kebumi kerana usia nya yang terlalu lama. 


 Antara sisi lain di Ta Phrom.

 

 Seterusnya kami teruskan ke Bayon Temple, atau dikenali sebagai empat muka. 
Langit yang sangat cerah  membuatkan gambar sangat cantik. 

 Secara keseluruhannya dari jauh, 



 Pitstop seterusnya, 
Mmg terdapat banyak sangat angkor disana, kerana kami sudah penat banyak juga yang telah kami abaikan. Antaranya monkey angkor, elephant pun ada. 
Kepanasan, keletihan dan kelaparan membuatkan kami kecundang. 
Rasanya cukup sekadar lihat dari jauh. 

Selepas tu, kami minta driver tuk-tuk kami bawa kami ke super market untuk beli barang-barang untuk kami masak makan tengahari.  
 Pilih, pilih.

 Cashier. Tak faham pun apa yang ditulis. 

Setelah beli, balik bilik masak nasi dan berehat. 
Misi akan disambung pada petang pula. 

Hari pun dah petang, kami keluar untuk teruskan perjalanan.
Seperti biasa, masih driver yang sama setia menunggu kami. 
Pada asalnya, kami plan untuk pergi ke cultural village melihat keunikan tarian dan budaya tempatan.
Malangnya, hujan turun lebat petang tu, dan sampai hampir lambat. 

Jadi kami batalkan plan. Teruskan dengan sesi massage!
Kat sana popular dengan 'Khmer Massage'.
Massage harga $7 termasuk tips! 

 Dalam perjalanan ke cultural village.

Dengan dukacitanya tidak dapat melihat persembahan kebudayaan mereka.
Kita ada alternatif lain, pergi mana-mana bar akan ada show Apsara Dance disitu. 
So kami pun pergi ke area Pub Street, terdapat banyak kedai disitu. 
Pandai-pandai pilih, order air dan enjoy!

 Sambil minum juice, harga $2.

Persembahan Apsara Dance dan lain-lain tarian tempatan. 
Apsara Dance adalah antara tarian yang paling susah didunia. 

Di area berdekatan juga terdapatnya night market, walking distance sahaja. 
Boleh la shopping dan jangan lupa untuk tawar menawar! 

 Pub street! 

Minum sudah , makan sudah, tengok show sudah, shopping sudah.
Jom balik. 

Keesokan pagi kami agak kelam kabut kerana sibuk mencari tiket untuk balik ke Phnom Penh.
Agak mencabar. 
Cari sampai dapat, kami mengambil keputusan untuk menaiki van yang mempunyai wifi.
Maka takde lah bosan sepanjang 6 jam perjalanan yang penuh berliku!




 Selamat tinggal Siem Reap dan Uncle Chin!

Coffee while waiting our van. 
Tambang van yang macam vip ni $14 so lebih kurang RM42.


Till then, bye!