Thursday, February 21, 2013

TRIP KE BORACAY : MAKAN

The best thing about boracay adalah dia punya mango shake.
Everywhere ada. Mmg minum tu je la, mix dgn banana or pineapple. Memang sedap.
Harga berubah-ubah ikut suasana kedai dan lokasi. Tapi rasa yg mana-mana pun semua sedap. 


Sepanjang pantai juga banyak restaurant yang jual seafoods tapi harganya agak mahal.
Kalau nak beli seafood dan ikan pergi la ke d'talipapa terletak di station 2. 


Jom tengok kawasan sekitar d'talipapa. Disebelah pasar terdapat kedai-kedai yang menyediakan perkhidmatan memasak ikan-ikan dan seafood yang kita beli dipasar. Untuk makluman untuk mencari makanan halal disana agak susah. Kami pilih kedai-kedai tertentu dan sekadar pilih untuk grill sahaja dan kami masak nasi dan lauk-lauk lain di bilik. Terima kasih travel cooker yang memudahkan kami untuk masak dimana sahaja. Bagi penggemar seafood, makanlah sepuas hati kerana harganya sangatlah murah cuma jenis masakan disana sahaja yang kita tak berapa pasti boleh masuk tekak ke tidak.


 Hari pertama kami membeli,

Ikan Siakap 300 peso
Sotong 180 peso
Udang 1 kg 700 peso
Ikan dan sotong kami hantar ke kedai untuk dibakar dan masak goreng tepung.
Harga masakan adalah 250 peso.
Nasi kami masak sendiri menggunakan travel cooker yang dibawa.
Tambah beli lain-lain seperti sudu, pinggah jumlah perbelanjaan dibahagi 6 adalah lebih kurang RM20.

 Pilih-pilih, tawar-menawar dan bayar. 


 Tak lalu tengok udang, lobster yang terlalu besar. Tapi memang murah. Heaven. 

 Dinner, setelah dari pagi tidak makan. Jangan tengok pada rupa.
Habis, licin, kenyang. 


Malam kedua, kami membuat pertambahan menu, oyster dengan harga 50 peso per kg. Lebih kurang dlm rm4 sekilo. Memang murah sgt-sgt. Oyster pun kami pilih untuk grill sahaja.

Berhampiran pasar terdapat kedai-kedai runcit, kami beli cili api, telur ayam, beras untuk sekali makan dan juga kicap semua nya disitu.

Alternative jika tidak mahu masak like us, boleh je pergi ke d'mall banyak juga kedai makan yang best-best disitu. Selain tu juga disepanjang pantai juga banyak restaurant yang menyediakan dinner samada buffet atau pun candle light dinner. Tepuk dada tanya selera.

Ada satu kedai terletak di area station 2 ditepi laluan utama sahaja ada satu kedai indian food boleh la kalau nak makan disitu. Nama kedainya terlupa. Tapi mmg ada satu sahaja kedai indian food disitu if im not mistaken. Kami tidak berkesempatan untuk mencuba makanan dikedai lain sebab masa yang terhad dan makan malam kami masak sendiri.


Dimalam hari, keadaan sangat meriah, hidup la boracay ni bila mlm bukannya death city. Antara yang popular adalah tarian bola api. Pasti ada tiap-tiap malam. Kami sekadar berjalan disepanjang pantai melihat tarian bola api dan bersantai menikmati coffee.







Muka masing-masing dah macam udang kena panggang. Muka dah start tegang, panas dan pedih akibat sunburn. Kehidupan malam di Boracay tutup pada pukul 11 malam. Selepas 11 malam hanya club sahaja yang masih hidup. Kami pun beransur pulang setelah penat. Good night!


Total perbelanjaan makan kami adalah lebih kurang RM 50.


1 comment:

Anonymous said...

salam,
nak tanya.. kedai yg anta masak tu mmg kedai muslim ke? Plan nk g boracay tp mcm susah eh cari halal food???

natasyanabilaruslan@yahoo.com