Monday, November 4, 2013

TRIP KUNDASANG, SABAH.


Kami tiba di Kundasang waktu sudah hampir senja.
Kabus mulai tebal dan cuaca semakin sejuk.
Kami menginap di Kinabalu Pine Resort.
Tempat yang cantik dan pemandangan yang mengagumkan.

Here we go. 


Kedudukan bilik memainkan peranan penting, kami bernasib baik kerana pemandangan bilik menghadap puncak gunung kinabalu. Sayangnya masa kami sampai kabus tebal dan tidak kelihatan puncaknya. 


 Pemandangan dari atas Kinabalu Pine Resort.

 Tiada aktiviti pada waktu malam selain melayan perasaan bersama kawan-kawan. 
:)

Kami tidur lebih awal pada malam itu dan menantikan sesuatu pada keesokan paginya.
Seawal 5 pagi, tersedar dan terus terjah ketingkap bilik.
dan sesuatu yang mengujakan, Subhanallah. 

Puncak Gunung Kinabalu daripada tingkap hotel kami. Tiada kata-kata dapat mengungkap.
Amazing. Cahaya matahari baru nak naik. 

Berlatar belakang kan gunung kinabalu.
 Setelah bersarapan dan bersiap-siap kami pun terus check-out dan meneruskan perjalanan. 



Destinasi kali ini kami ke Sabah Tea.
Cuaca sejuk-sejuk and menghirup teh panas. 


A cup of tea. 


Selepas puas minum teh, kami memulakan sesi bersama haiwan.
Kami singgah di sebuah petempatan Ikan Kelah.
Bukan dalam kolam tetapi ikan itu originally di sungai itu.

RM5 untuk masuk kan kaki dan RM10 untuk mandi.
Ikan nya  besar-besar dan agak agresif. 



Seronok digigit ikan. 

Selepas itu kami kembali ke Kundasang untuk pulang semula ke Kota Kinabalu.
Sempat singgah si pasar Kundasang untuk membeli sayur-sayuran untuk dibawa pulang. 
Jangan lupa untuk tawar menawar!





Tidak jauh dari pasar berkenaan kita singgah pula di Desa Dairy Farm atau lebih dikenali dengan nama New Zealand Malaysia. 
Melihat lembu-lembu yang super cute dan jinak.

 Pilihan untuk memberi susu atau makanan kepada kambing dan lembu!




 Menyusu. 

 Kami begitu obses dengan haiwan maka kami sangat lah enjoy. :)

Jangan lupa untuk singgah di cafe untuk membeli susu segar dari ladang!

Maka tamat lah perjalanan kami di Kundasang dan Ranau dan kami pulang semula ke Kota Kinabalu. 

Untuk hari yang terakhir, kami tidur di Sutera Harbour Resort.
Terletak tidak jauh dari airport. 

Setelah seharian berjalan dan agak kelaparan malam ini kami kenduri seafoods.
Bersebelahan dengan Pasar Filipina terdapat pelbagai jenis makanan dan seafoods.
Cheap and variety of choice. 


Samada beli yang telah siap di masak atau pun pilih yang mentah dan minta untuk mereka masak. Nyummy!

Malam nya kami sekadar berehat dibilik dan ada yang pergi menikmati welcome drinks di club hotel. 
Hari terakhir kami, berjalan sekitar hotel dan pemandangan yang sangat cantik!




Selepas breakfast, dahagakan air laut maka terjunlah mereka ke kolam renang dan pantai!
Enjoy the pictures!







Bergambar sekali lagi sebelum pulang. 


 Tamat lah percutian kami di Sabah.
Sememangnya tidak lengkap ke Sabah jika tidak pergi ke Pulau tetapi pada masa ini issue Lahad Datu tengah hot. Alhamdulillah kami semua selamat pergi dan pulang walaupun pada asalnya adalah untuk pergi ke Pulau. Not bad thou. 

Will come again. 




*** This is a super duper pending post! Mungkin ada cerita yang terskip.
Thank you for reading!




Monday, July 8, 2013

TRIP KE SABAH

7-10 Mac 2013, Sabah.

5 of us. 
Flight kami pada jam 9mlm, lepas balik dari kerja masing-masing kelam kabut utk pergi ke airport. 
Tempat perjanjian, airport. Dgn lapar kebulur semua. 

Sampai sahaja dah mlm, hampir 12 tgh mlm, masing-masing mmg dah lapar.
First day, kami check in di Le Meridien, KK. 
Nice room & variety foods. Recommended!

 Our room.

 Muka sepagi-pagian semua selepas breakfast, kerana kami tau perjalanan akan bermula maka perut diisi sebaik mungkin. 

Perjalanan kami pada pagi itu bermula dari Kota Kinabalu dan menuju ke Jambatan Tamparuli serta Rumah Terbalik! Untuk makluman sepanjang disana kami menyewa sebuah avanza. So sangat lah selesa untuk berjalan-jalan dan kadar sewa kereta lebih kurang RM70 sehari. 

Tempat pertama, Jambatan Tamparuli, jambatan yg menghubungkan 2 jalan sebelum adanya jalan raya. Diatas jambatan ni dah sedia ada jln raya yg disambung tetapi sangatlah rendah dan akan banjir bila musim hujan maka jambatan ini masih digunakan sejak dari zaman dahulu lagi. 

 Cuaca mulai terik, tetapi langit sangat cantik! 

Selepas dari jambatan tamparuli kami ke Rumah Terbalik. Sebenarnya kalau perjalanan dari KK ke Jambatan Tamparuli kita akan jumpa rumah terbalik dulu. Tapi kami terlepas pandang. Tak dibenarkan untuk bergambar dlm rumah tu. Boleh masuk dan lihat sahaja.  


 One and only rumah terbalik. Segala-galanya terbalik dalam rumah tu. 

Selepas dah melawat rumah terbalik perjalanan diteruskan lagi menuju ke Kundasang.
Hari ke 2 ini kami akan bermalam di kaki bukit Kundasang. 
Dari KK mengambil masa lebih kurang 2-3jam untuk sampai ke Kundasang.
Bergantung kepada cara pemanduan dan berapa banyak tempat persinggahan. 


Dalam perjalanan menuju ke Kundasang kami singgah di pekan nabalu.
Sight seeing dan membeli cenderamata sikit. 


 The girls. 

Nature lovers.
Pekan Nabalu, view cantik. 

Selepas singgah Pekan Nabalu, perjalanan diteruskan lagi. Sepanjang perjalanan dari pagi kami langsung tidak menjamah apa-apa makanan disebabkan kesukaran sikit untuk cari makanan yang kena dengan tekak. Jadi penting untuk makan heavy breakfast. 


Kundasang adalah terletaknya Gunung Kinabalu, sebelum betul-betul sampai ke pekan Kundasang kita akan lalu di Kinabalu Park dulu. Orang-orang yg hiking kat sini lah pintunya. Kami pun menyinggah lagi. Untuk makluman jika mahu ke Kundasang elakkan waktu terlalu lambat atau terlalu awal kerana faktor jalan yg agak kecil dan kalau ptg dah mula berkabus agak bahaya. 

Kami sampai dikinabalu park lebih kurang jam 3 petang. Tu pun macam dah agak redup dan berkabus.



 Trek Kinabalu Park, kalau sampai awal boleh trekking untuk ke waterfall. Cuaca sejuk! 

 Pintu masuk. 

 Pit stop sebelum mula mendaki. Berkabus belum naik atas lagi. 

 Dia & gopro. 

Setelah singgah dan bergambar diteruskan ke Pekan Kundasang tak jauh dari Kinabalu Park. 
Here we go!

 Pekan Kundasang. 


TBC...




















BACK.

Hello baby blog.
Long time no see, I have no time for myself. T_T
Start from today im gonna write something that can be shared with you, readers.
Atleast boleh lah juga buat amal dan information kepada orang lain.
Alhamdulillah, 2013 went well so far.
Dah july pun, few months left to start new life.
How was it? I am clueless.

I will update benda lapuk atleast for me to re-read in future. :)

Monday, March 18, 2013

TRIP KE BORACAY : LAST DAY


Sambungan dari Ariel's Point.
Selepas kami pulang semula ke pulau dari Ariel's Point dalam pukul 5 ptg,
sambung hari-hari terakhir aktiviti kami dengan menaiki private yacht untuk menikmati sunset sekitar pulau boracay. Korang boleh bargain dengan mereka ni untuk dapat kan the best price!
Kami naik 6 orang + 1 couple so jumlah semua 8 orang.
Boleh je kalau nk request untuk dua orang sahaja tapi kena la bayar lebih. 

Lets enjoy the moment

Sunset behind us. 
Sehingga terbenamnya matahari maka pulanglah kami ke hotel.
Aktiviti malam itu kami pergi dinner dan juga sebagai penutup kami pergi massage.
TAMAT lah penjelajahan aktiviti sepanjang kami di Boracay.

Keesokan hari nya, kami keluar seawal 7 pagi untuk membeli souvenir kali terakhir.
Boat kami pada pukul 1030 pagi. 


D'talipapa sebelum bergerak balik. 

 Boat keluar dari pulau. 

 Happy dalam sedih. We miss you Boracay!

 Travel light if you wanna go there. 

Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan Southwest Tours, dari pick up di hotel, naik boat, dan kami naik bas untuk pergi ke Kalibo Airport. Since kami datang dari Caticlan, this is our first time untuk pergi ke Kalibo.

Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Kalibo dari Jetty Caticlan.

 Bas Southwest Tours untuk pergi ke Kalibo.

 Us. Here we go. 

Perjalanan 2 Jam telah sampai dengan melalui jln2 kampung. 

 Untuk pengetahuan, Airport Kalibo ni pack sgt2. Kecik. Nak beratur utk check in pun sgt lah sesak. Beratur bersambung2 dgn yg lain and everything is manual. Jadi dinasihatkan adalah lebih baik check in siap2. Kalau nk check in baggage better datang awal.

Flight kami pada pukul 3ptg dari Kalibo ke Clark. Mengambil masa lebih kurang 45 min.

 Selamat sampai ke Clark. 

Ni antara ATM machine yang ada kat clark. 

Okay, untuk makluman kita boleh je nak withdraw duit kalau kat Filipina. ATM mudah untuk didapati.
Walaupun kita kat Boracay, ada few juga ATM Machine kat sana. So jangan risau kalau tiba-tiba kehabisan duit. Tapi kalau kita bawak cash dalam ringgit malaysia dan nak tukar duit di money changer kat sana, better tukar semua siap-siap sebab kat sana susah untuk terima ringgit malaysia. So better kita keluar kan duit terus in peso kat ATM. Tapi sedia maklum charge yg akan dikenakan. Kalau maybank lebih kurang rm12 per transactions. So sekali keluar duit terus keluar banyak-banyak.

Boracay ATM machine boleh didapati di D'Mall and make sure activate kan dulu kad korang sebelum pergi. Call bank dan aktifkan international withdraw.

Dari Kalibo kami ke Clark dan stay 1 malam di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur keesokan harinya. 

Jeepney adalah public transport di sana.
Kami dinasihatkan untuk berhati-hati jika menaiki jeepney sebab ada pick pocket. Jadi untuk keselamatan lebih baik kita naik cab.

Kami sampai di clark pada pukul 4 ptg. Mmg tak dinafikan agak susah untuk mendapatkan makanan halal.
To kill the time, kami mencari tourist attractions yang berhampiran supaya masa tidak buang begitu sahaja,
tiada tempat yang boleh pergi dlm kawasan terdekat maka kami habis kan masa di SM City Mall. Sebuah shopping mall. Tiada apa yg menarik. Sama mcm shopping complex yang lain.



Misi mencari makanan halal. 

Information counter. 

Ini sahaja yang kami jumpa. Kiosk jual kebab dan samosa. Dinner malam ini. 
Selepas dinner, mati kutu apa aktiviti nak buat, kami habis kan duit bermain di arcade. Ntah berapa byk kali sampai tak terkira. 

Phew.

Paling favorite.

Battle. 

Excited much? Yes!.
Kami stay di Angeles City semasa di Clark, hotel pun menyediakan transport utk pergi ke SM Mall.
Tepat pukul 9.40 kereta dah tunggu. Kami pun balik ke hotel. Masa masih awal jadi kami jalan-jalan disekitar hotel. Keadaan pada waktu mlm agak suam-suam, yg banyak hanyalah "lampu-lampu merah". Hehe. Such an experienced for us to stay there. 

Angeles City. Berjalan dari hotel ke 7-eleven.

Keesokan harinya, hari untuk pulang ke Kuala Lumpur. Habis kan masa berjalan di sekitar Clark untuk mencari souvenir dan makanan halal. Nothing much to buy.

Kebetulan ada Australian Day masa kat sana. 

Friendship Terminal.

Walking Street. mmg untuk berjalan sahaja. Disinilah terdapatnya 1 kedai halal. Boleh cari kat sini. Bersebelahan dengan kedai indian food malaysian.


Sebelah kedai ni ada kedai tulis Halal. 

Cuaca pada hari tu memang sangat-sangat terik. 



Last but not least. Ice cream pada hari yang panas. Maka selepas itu bergerak lah kami ke Airport Clark untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tamatlah pengembaraan kami di bumi Filipina. One of the best trip even very challenging.

Boracay & Manila & Clark, January 2013.


Feel free to ask anything.