Thursday, July 24, 2014

TRIP KE INDIA (PART 1) : TIPS/ PERSIAPAN SEBELUM PERGI

Assalamualaikum, untuk post kali ini mungkin akan menjadi sangat panjang juga seperti mana cerita di Boracay. Mungkin lebih panjang. Terdapat pelbagai cerita yang nak dikongsikan bersama. Suka dan duka. Ternyata tempat kali ini bukan lah pilihan utama kebanyakan pelancong dan ada yang akan tanya, why india? Kenapa? Mari kita selongkar satu per satu cerita disebalik trip kali ini.

Dah agak lama info-info ini disimpan mungkin juga ada yang dah terlupa.

So, sebelum mulakan cerita berkaitan trip di India, izinkan saya berkongsi persediaan dan juga perbincangan kami bagi menjayakan trip mega kali ini.


  • Perkara pertama yang SANGAT perlu dititik beratkan adalah, memilih tempat yang hendak dituju mengikut bilangan hari kalian disana dan juga destinasi mana yang kapal terbang anda turun. Bukan mudah untuk plan betul-betul sebab India ini sangatlah besar untuk di explore dalam masa yang singkat, so choose wisely supaya tidak buang masa dan duit. PLANNING dengan betul! Study MAP!



Trip kami seramai 6 orang, selama 8 hari 7 malam. Singkat!
Kata sepakat yang dicapai adalah KOLKATA-KASHMIR-DELHI-AGRA-DELHI-KOLKATA

Itulah tempat yang telah kami pilih sepanjang 8 hari disana. Salah satu tujuan kami pergi ke India adalah untuk pergi ke Kashmir, atau dikenali sebagai syurga dunia.


  • Sebelum korang finalize tempat untuk korang pergi pergi untuk buat research tempat-tempat dah distance antara tempat tersebut serta pengangkutan. Kami mengambil masa yang sangat lama semasa berbincang mengenai ini. Daripada susunan tempat yang hendak dilawati, pengangkutan yang dipilih, pit stop yang sesuai dan kos yang penting sekali. 

Salah satu sesi perbincangan kami. Tidak lupa juga untuk sediakan route atau plan B jika terjadi sesuatu perkara. Antara perkara penting yang perlu korang ambil perhatian adalah time untuk connecting flight, keadaan jalan raya perlu diingatkan kesesakan di India juga adalah sangat hebat terutamanya di Delhi. Maka, bersiap sedia dengan segala kemungkinan! 

  • Seterusnya selepas route telah dibincangkan, pengangkutan yang tidak memakan masa yang lama adalah menaiki domestic flight. Terdapat beberapa flight yang boleh dijadikan pilihan, seperti : Spicejet, Indigo, GoAir, Jet Konnect, India Air. Tips: Beli tiket lebih awal untuk dapat harga yang murah!

Selain tu juga terdapat pilihan untuk menaiki train tetapi dengan masa yang sangat terhad kami mengambil keputusan untuk menaiki domestic flight. Bagi yang berminat untuk beli tiket train boleh beli di Cleartrip secara online. Pada asalnya kami juga ada membeli tiket train untuk pergi ke Agra tetapi ada perkara yang tidak dapat di elakkan terpaksa cancel tiket tersebut dan refund diberikan mengikut T&C.

  • Penginapan atau hotel juga perlu dipersiapkan lebih awal supaya kita tak tercari-cari semasa disana. Penting untuk baca review sebelum book mana-mana hotel. Alhamdulillah, tempat penginapan kami semuanya okay dan selesa. 
  • Selain dari itu, perkara penting adalah penyediaan ubat-ubatan, seperti sedia maklum selalunya memang terkenal la dengan cirit birit dan sakit perut. Penting pemilihan tempat makan semasa disana. Sediakan ubat sakit perut, gastric, pil chi kit teck aun, vit c, panadol, minyak angin, koyok, vicks dan juga mask.
  • Selain ubat-ubatan, sediakan wet tissue, dry tissue, hand sanitizer, dan yang paling penting adalah PEMILIHAN MINERAL WATER sewaktu disana. Nampak seperti perkara remeh. Kalau kita disini, apa-apa sahaja mineral water dah kira selamat tetapi tidak disana kerana kandungan mineralnya berbeza untuk badan kita. 

Rasanya itu dulu tips yang dapat dikongsikan. Jika ada lagi nanti akan ditambah dari masa ke semasa. Nantikan post yang seterusnya. iA. 




2 comments:

Cik Lily Putih said...

pinjam tips nak travel ni ek, baguslah. k lily nak travel oversea nak next week ni

Unknown said...

@ciklily putih: silakan. selamat bercuti! :)