Tuesday, November 25, 2014

TRIP KE INDIA : PART 3 (KASHMIR: GULMARG)

Hari berikutnya, kami ke Gulmarg. 
Biasa la kan dah kata Malaysia tiada salji maka tempat ini adalah wajib untuk pergi. Pada asalnya, kami bercadang membeli tiket secara online tetapi atas research yang telah dibuat, sangat lah tidak digalakkan untuk membeli atas talian. Sebabnya, semasa disana memang tiada papan tanda untuk kita tahu kat mana tempatnya untuk beli tiket, beratur dimana dan sebagainya. Memang dumber rezeki utama mereka adalah pelancongan jadi mereka akan jadi tour guide kita semasa disana. Kalau anda tidak ada tour guide, tanya apa pun kat sesiapa masa kat situ memang tidak dilayan.

Here we go, dalam kereta untuk ke Gulmarg! Dan untuk makluman, pagi ni bila kami bangun dari tidur, salji turun! Gembira la konon semua, tak sedar yang kena mandi air sejuk! Haha

Takpe la nak pergi Gulmarg kan so kasi warm up dulu. Jom!

Dari Dal Lake kami masih menggunakan perkhidmatan driver yang sama, untuk naik ke Gulmarg akan transfer ke lagi satu kenderaan dan akan ada tour guide yang lain. Kami nak ke sana bukan main beli macam macam jenis gear untuk ke Gulmarg, akhirnya sewa juga. Jadi korang kalau nak ke sana, jangan risau jika tiada boot dan jacket. Semua boleh sewa.

Tempat sewa boot dan baju! Kat sini pun ada kedai kalau nak beli glove dan topi. Lepas dah settle semua, jom kita naik ke atas. Teruja semua tak sabar.

Perjalanan untuk menuju ke puncak. Penuh debaran dengan jalan yang licin, berselisih pula dengan kenderaan lain. Berapa lama masa diambil bergantung dengan keadaan jalan. 

Ini adalah bas yang membawa penduduk tempatan. Laluan untuk sampai ke puncak. 

Bila dah sampai nak kena jalan lagi atas untuk sampai ke gondola.
Akan ada orang tawarkan service membawa anda menaiki benda seperti dalam gambar. Tanya dulu harga berapa dan jangan lupa mereka menagih tips. Korang akan ditarik. 

Me self. Nak jalan pun dah tak larat. Tapi lenguh juga naik bendalah ni tau. 

Sampai sudah untuk menaiki gondola. Kena beratur. Kalau korang takde tour guide agak susah untuk jumpa tempat ni.

Here we go. Semakin tinggi maka semakin sukar untuk bernafas. 

Rupa gondola nya macam ni la. 
Lebih kurang macam cable car kat malaysia. 

Altitude sickness. Make sure korang bersedia. Kesukaran bernafas yang sangat memenatkan.

Naik sampai atas. Bergambar. Subhanallah. Cantik sungguh ciptaan Nya.

Nnt kita akan naik semula gondola untuk turun dan ke tempat main ski.

Kena sewa peralatan ski dan juga kena byr untuk instructor disitu. pusing-pusing area situ jela. bukannya jauh mcm mana kita tengok orang lain. itu semua persendirian. Nak naik sampai tinggi mana pun terpulanglah kalau mmg anta pro.

Cold. 

Sekadar menunggu kawan-kawan skit kerana keadaan yang tidak mengizinkan untuk mencuba ski. Bukan rezeki tapi takpe lah atleast dah tau macam mana keadaannya. :)

Husband. ;)

Enjoy the show.

Ni antara cara-cara macam mana instructor tu ajar masa mula-mula. bila dah pandai nanti dia lepas kan je korang sorang-sorang.

Itulah antara perkara yang seronok untuk pergi ke Gulmarg. Worth to go!
Gambar kami di Gulmarg sahaja dah memenuhkan memori camera, handphone, dan gopro, teruja semuanya. Cantik, tidak dinafikan.

Kami turun semula kebawah, menaiki kereta yang sama.
Pulangkan segala barangan sewaan spt boot jacket dsb.

Kembali kami ke kereta yang kami sewa sepanjang di sana.

Inilah tour guide kami semasa di Gulmarg, otai juga ni. Sangat membantu kami semasa disana. Kalau dia tiada sudah tentu kami terpinga-pinga.

Bergambar di kawasan bawah selepas pulang kan barang sewaan, kami pergi makan dan pulang semula ke Dal Lake!



To be continue..
See ya!