Friday, February 1, 2013

TRIP KE BORACAY (1)

Hello ladies,

*percubaan untuk tulis sepenuhnya dalam bahasa melayu

Percutian kali ini membawa kami pergi ke sebelah Filipina.
Kepulauan yang sangat cantik and was awarded as the best Island in the world.

Perjalanan ke Boracay ini perlu distudy sehabis baik supaya masa tidak terbuang.
Selain itu juga untuk mengelakkan kepenatan seharian berjalan untuk sampai ke Boracay.

Ada beberapa perjalanan atau route yang boleh anda pilih untuk sampai ke Boracay.
Antaranya,


  • KL- CLARK - KALIBO - JETTY CATICLAN   atau


  • KL- MANILA - CATICLAN - JETTY

tetapi perjalanan kami adalah neither one above,


  • KL - CLARK - MANILA - CATICLAN - JETTY


tapi kami mengambil beberapa route untuk kemudahan dan juga faktor tiket yang murah.


Happy faces before boarding, LCCT.

Dari Kuala Lumpur dengan menaiki AirAsia pukul 9 pm, pergi ke Clark dan akan sampai pada pukul 12.30am.Tetapi kami mengalami kelewatan dan sampai di Clark pada pukul 1.30am.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam.
Dari Clark kami menyewa sebuah Innova yang boleh memuatkan 6 orang.
Dari Clark menaiki kereta untuk pergi ke Airport Manila, mengambil masa selama 1 jam 30 min.
Kami sampai di airport Manila pada jam 3.30am. Ramai orang walaupun pada pukul 3 pagi dan airport juga selasa.


Manila airport, 
walaupun semua membawa barang paling minimal tapi lebih baik untuk check-in baggage sebab kita bakal naik kapal yang kecil saiznya.


Kami mengambil local flight Cebu Pacific Air dari Manila ke Caticlan, Perjalanan dari Manila ke Caticlan mengambil masa selama 1 Jam dan untuk makluman cebu pacific air ni ada had berat bagi individu atas faktor keselesaan dan keselamatan penumpang di mana flightnya agak kecil, berat maksimum adalah 150kg.


Body weight counter

NAIA Airport, Manila.

4am, muka kelaparan sambil menunggu next flight at 5.30am.

Now Boarding to Caticlan from Manila via Cebu Pacific Air. 


Bas disediakan tidak perlu jalan jauh-jauh dan tidak akan confused. 

5am, Manila masih gelap gelita. 

Perjalanan dari Manila ke Caticlan (Boracay Airport) mengambil masa selama 1 jam. 
Pengalaman sebelum landing yang agak menakutkan, mendebarkan kerana runwaynya teramatlah pendek. 
Don't worry, trust your captain. :)


Hening fajar, indahnya ciptaan Tuhan. 
Yeay, safely landed. sampai bergegar-gegar gambar. 

6.30am, Caticlan (Boracay Airport) terang benderang.

Kami mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan transportation tour service, bukan tak boleh untuk settlekan sendiri tapi dengan keadaan yang naik turun berbagai jenis transport, bayar itu ini, kat sana kena byr fee yg berbagai-bagai jenis, seperti contoh environment fee, terminal fee etc.Untuk memudahkan kerja kami byr je some amount untuk service door-to-door dari company Southwest Tour Boracay.(click untuk direct link) Bermula nya dari airport boracay sampai lah ke hotel semua telah diatur oleh Southwest Tour. Dengan harga yang sangat lah murah hanya RM33 untuk semua service from Boracay Airport to our hotel dan sudah termasuk segala fee. Recommended! 

Mabuhay, that one in orange is southwest tour  guide. 
Mini bas menunggu kami untuk bawa kami ke jetty, tapi sebenarnya jalan kaki dari Caticlan (Boracay Airport) untuk sampai ke Jetty hanya mengambil masa 10 min sahaja.

Sampai di jetty, adalah tempat pertama adanya wifi. Terus semua anti-social.

Tiket semua telah disediakan oleh pihak Southwest. Boat ticket with fees. 

Caticlan area.

Bot sedia menuggu, selepas dpt ticket terus pergi ke bot untuk menuju ke destinasi kita, boracay island! 

Lebih kurang 10-15min menaiki bot, kita telah sampai ke island. 

Seterusnya masih dgn service southwest, Private Van menunggu untuk menghantar kami ke hotel. 
Everything goes smoothly. Tak perlu susah-susah nak tahan taxi nak tnya tambang berapa, nak byr ape semua. Everything dah diselesaikan sebelum pergi. Hanya naik kenderaan, tunggu, sampai dan turun.

Perjalanan dari Jetty boracay ke hotel mengambil masa dlm 10 min sahaja. Perfect.
Dalam pukul 7.30am kami telah ada ditepi pantai boracay. Check-in hotel dan terus keluar!
Alhamdulillah, sampai lagi ke satu destinasi cantik dimuka bumi Allah ini. Subhanallah.





Total perbelanjaan untuk sampai ke Boracay,

Flight tix KL-Clark-KL (Return) = RM 122
Sewa Innova Clark -Manila = RM 55 
Flight Cebu Manila - Caticlan = RM 111
Transportation Southwest = RM 33

Total RM 321.


Sampai sini dulu post untuk perjalanan dari KL ke Boracay. Next post about hotel & activities.
:)




7 comments:

Jimmy Genting said...

Salam. Bestnye dpt gi Boracay. . Cmn u ols dpt innova to manila midnight time ari tu? Bole cerita sket..

Unknown said...

@syed : kami dah book sebelum pergi, contact registered chartered taxi, chartered taxi tu from manila, dia tunggu dekat clark. Taxi tu kita pilih nk naik apa.

Anonymous said...

Salam kalo sy dar kL ke manila terus boleh kan?then dr manila terus ke caticlan..boleh tak

Unknown said...

@anon : dari manila pun boleh. lagi senang.

Unknown said...

assalamualaikum.. kalau saya dari kl ke manila.. then manila ke Kalibo.. kalibo nk ke jetty jauh x? mohon pandangan..
terima kasih

Unknown said...

@muhamad syahrin samsudin : saya rasa kalau dah turun manila lebih baik pergi ke caticlan terus. kalau dari kalibo ke jetty pun dah ambil 1 h30mins.

Unknown said...

kalau Kl ke borakay terus boleh ke