Friday, June 20, 2014

TRIP KE USS, SINGAPORE


Super pending post. 
Singapore trip September 2013. 
Sempena birthday september babies! 

Kalau pergi ke Singapore naik kereta sendiri, boleh la singgap di JPO.
Untung sabut timbul, kalau jumpa barang-barang yang menarik. 
So kami pun singgah JPO malam tu sebab untuk pergi ke Singapore adalah keesokan harinya. 

Malam nya kami tidur di hotel budget area Kulai.
Plan asalnya tidur di area JB, tetapi kalau musim cuti mmg jangan haraplah untuk walk in hotel around JB. Memang mengecewakan. Maka kami berganjak sedikit ke area Kulai untuk tidur malam tu. 

JPO. 

Keesokan harinya kami pusing-pusing area JB dulu, sementara menunggu orang yang belum tiba dari Labuan. To kill the time, JPO again! Dengar tak? Huhu 

Malam tu, kami masuk Singapore semata-mata untuk makan. 
Kemana lagi kalau bukan mencari Murtabak Zam-Zam. 
Selain murtabak, nasi beriyani kambing juga kami order. 

Amna si comel. 

Them, siblings. 

Masjid. Seberang sahaja dari kedai Murtabak ni. 

Nasi beriyani dan murtabak at 10pm! 

One happy family dapat makan. 


Kalau sampai pun dah pukul 10 malam, apa lagi yang boleh dibuat? 
Jom kita ke Mustafa Centre! 
Seperti gedung membeli belah yang terdapat pelbagai barangan. Tapi selalunya orang yang pergi Mustafa ni akan beli perfume. Mustafa centre ni buka 24 jam rasanya. 

Mustafa Centre, malas nak rotate. Ampun. 

Itu pun dah sampai pukul 1 pagi baru nak keluar semula ke JB, dan esok pagi masuk semula untuk ke USS. 

Pagi yang indah dan ceria, menunggu lagi seorang rakan untuk menyertai misi rombongan cik kiah ke USS. 
To the USS we go. Menaiki van pelancong! 
Apa specialnya kalau naik van berbanding drive sendiri? Dari kastam nak masuk ke Singapore kita dah kena queue sangat panjang untuk masuk, kalau kita bawa kereta sendiri alamat nya memang sangat lama. Kalau naik van akan ada laluan khas, cumanya masa sampai di Imigresen kita kena turun untuk pergi ke counter sendiri tak macam naik kereta hanya duduk sahaja dalam kereta. 

Pemandu van memang dah biasa bawa pelancong Singapore- Malaysia dan sebaliknya. 
Kalau berminat untuk dapatkan perkhidmatan sewa van/ chartered van singapore - malaysia boleh contact no 019-7231195 (faizal)
Harga berpatutan, dan beritahu nak pergi ke USS, dia akan belikan sekali ticket utk anda semua. 
Ticket yang dibelikan tu pulak boleh dapat token utk beli makanan dalam USS sekali. Berbaloi-baloi!



12 seaters! 

Birthday girls!

Wehoo. 

Pintu masuk USS, tempat wajib semua orang bergambar. 

September babies. 

My favorite!

Belakang tu sesame street punya side, naik roller coaster spaghetti. So comel. 

Selain dari naik rides yang ada, boleh tengok show. This one is a must! 
Memang macam real show. Kalau nak lagi seronok korang jangan lupa duduk kat bawah-bawah sekali tau! 

Ini selepas semua basah lencun. 

Naik benda ni la akan basah kalau salah pemilihan side tempat duduk, tapi nasib lah kan.Kalau tak nak basah siap sedia la bawa rain coat. Nak beli boleh tapi rugi duit je la. 

Far far away. Fantasy world. 

Roller coaster the mummy ni pun salah satu yang korang wajib naik. 

Rides. 

Rajin-rajin pusing akan jumpa banyak character menarik yang berjalan-jalan disekitar. 


Girls. 

Lencun!

Love of my life. 

Yellow cab co. 
Kebetulan masa kami pergi cuaca sangat lah baik. 

All time favorite! Hello big bird!

Madagascar.

Roller coaster madagascar. Dengan berani nya keluarkan camera dan snap! 



Kalau jumpa mereka ni di The mummy jangan lupa tangkap gambar. Hessssss. 

Banyak lagi sebenarnya ride yang ada. Tak larat nak letak gambar. 
Kedai makan dalam USS pun banyak yang halal. Jangan risau.
Boleh guna coupon yang dapat masa beli ticket kalau tak cukup tambah duit sendiri. 

Kalau nak lebih berbaloi elakkan pergi semasa cuti umum atau hari minggu, nanti kena queue sangat panjang dan membuatkan anda semua give up untuk tunggu. 

Kalau ada budget lebih beli ticket VIP! Tak perlu tunggu lama, korang dapat naik dulu.
Lagi satu jangan lupa masuk Transformers! 
Masa kami pergi ni pun main roller coaster dah ditutup dan sampai sekarang juga masih belum dibuka. 


Ok lah, sampai sini dulu post untuk Singapore. 
Bye! :)