Friday, July 11, 2014

TRIP KE LOMBOK, INDONESIA (PART 3)


The next day, kami pergi island hoping.
Snorkeling di 3 pulau. Gili Air, Gili Meno.
Bermula jam 8 pagi dan balik semula lebih kurang jam 3petang.
Terbakar juga lah kulit. 

Nama dipanggil untuk tunggu turn naik boat. 

Naik boat lebih kurang 20 min, sampai dan boat berhenti tengah-tengah dan kita pun terjun!

Enjoy the pictures. 


Berhenti disalah satu Gili untuk makan tenghari. 


Airnya jernih, dan banyak sangat ikan serta berpeluang tengok turtle!

Balik dari snorkeling memang sangat letih. Berehat dan tidur!
Sebenarnya terdapat banyak sangat aktiviti boleh anda lakukan kalau pergi di Pulau-pulau ini.
Kalau berkesempatan dan ada masa yang lama, pergi lah hiking di Gunung Rinjani. Memang cantik. 
Keesokan paginya kami bergerak meninggalkan Gili Trawangan dan akan singgah di Mataram, bandar Lombok sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

Selamat tinggal Gili Trawangan.
Dari Gili ke Lombok hanya menaiki boat biasa. tapi bukan gambar bawah ni ye.
Lebih kurang 30min sampai ke Lombok. Kalau nak privasi naik la private boat untuk 2 orang!

Sampai sudah. 

Keadaan di Mataram, Lombok atau lebih dikenali dengan nama Pulau 1000 Masjid. Memang terdapat banyak sangat masjid disana. Jadi tidak perlu risau soal makan. Kerana majoritinya memang muslim. 

Kami stay di Hotel Santika Mataram.
Kalau nak ke bandar perlu naik teksi.
Petang di sana kami mengambil keputusan untuk pusing di sekitar Lombok dan melihat tempat-tempat menarik. Terdapat banyak lagi pantai-pantai yang boleh korang lawat antaranya Kuta beach, pink beach, white beach. Kami mengambil keputusan untuk lepak di Malimbu beach untuk melihat pulau-pulau dari atas bukit. 


Malimbu Beach. 

Serious jagung tu sedap, manis dan pedas! 

Jalan sampai hujung dan nampak pulau-pulau yang lain. 


Dalam perjalanan ke sini akan lalu art market dan lalu pantai sengigi antara yang terkenal disana. 
Boleh la berhenti untuk beli souvenir sebab kalau di bandar Mataram sendiri kurang kedai yang menjual souvenir. Kami pun tak tahu nak beli apa sebagai buah tangan. 

Pulau yang kami pergi pun boleh dikatakan masih 'virgin' maka penjualan fridge magnet untuk dikomersil kan pun agak kurang. Memang susah nak cari. Hanya jumpa fridge magnet masa di Lombok.

Rasanya itu sahaja antara maklumat yang boleh kita share!
Jangan teragak-agak untuk pergi ke Lombok.
InshaAllah selamat dan berbaloi. 
:)

Feel free to ask anything. 





2 comments:

Unknown said...

package yg awak ambik time kt gili trawangan tu mahal x? then snorkeling tu include dlm package or semue pon kne sewa asing2?

Unknown said...

@Alyndaud : Maaf saya tak ingat berapa harga package, tapi yg saya tahu mmg tak mahal dan berpatutan. sewa include semua sekali tidak berasingan.